Assalamualaikum! Hujung tahun memang banyak nak pakai duit kan. Nak kena bayar sana, nak bayar sini. Yang ada anak sekolah, nak kena stenbai duit untuk sekolah pulak. Tapi kalau kena saman tetap kena bayar jugak kan.
Saya sekadar berkongsi info, kalau korang ada saman kenderaan yang belum dilunaskan lagi korang boleh bayar bulan ni sebab diaorang ada bagi tawaran diskaun sehingga 50% bagi semua saman trafik terpilih mengikut terma dan syarat sempena Hari Bertemu Pelanggan IPD Petaling Jaya
Tarikh/Masa/Tempat adalah Seperti Berikut :
Tarikh : 13 hingga 15 Disember 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Kaunter Bayaran Dan Semakan Saman BSPT IPD Petaling Jaya
Jenis-Jenis Kesalahan Saman Yang Tidak Boleh Diskaun Adalah Seperti Berikut :-
🔹Saman Kemalangan
🔹Saman Pandu Laju Musim Op Selamat Tahun 2018
🔹Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
🔹Saman Dalam Perbicaraan
🔹Saman Berkaitan Kenderaan Lori
🔹 Saman Berstatus Waran Tangkap Bagi Tahun 2018
Kalau ada saman, cepat-cepat lah gi bayar ye.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment