Breaking

Thursday, December 06, 2018

Shopping Di Ezbuy Berbaloi Sebab Ada PRIME MEMBERSHIP!


Assalamualaikum! Rasanya semua orang dah familiar dengan online shopping kan. Zaman sekarang kaedah online shopping atau membeli belah atas talian lebih diutamakan, terutama untuk mereka yang tiada masa nak membeli-belah secara konvensional.


Lagipun membeli belah atas talian lebih mudah, menjimatkan masa dan kos. Tak perlu nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Kita pilih barang yang kita nak beli, klik, buat bayaran dan tunggu je barang sampai depan pintu!




Terdapat banyak platform online shopping yang ada sekarang kan, tapi saya lebih suka shopping di ezbuy. Sebab apa? Sebab ia berbaloi. Berbaloi yang macam mana tu? Haaa ezbuy ada menawarkan perkhidmatan PRIME MEMBERSHIP kepada pelanggan-pelanggan yang bijak macam saya dan korang!

Apa itu Ezbuy?

Ezbuy diasaskan pada tahun 2010 dengan visi untuk menyediakan perkhidmatan produk yang berkualiti menggunakan cara yang mudah bagi pelanggan-pelanggan menerusi platform membeli-belah mereka. 

Dahulunya ezbuy ini dikenali sebagai 65daigou, namun penjenamaan semula dibuat pada tahun 2016 dan terhasillah ezbuy, iaitu syarikat tempatan yang menyediakan platform membeli-belah antarabangsa secara online

Sehingga hari ini, ezbuy telah mempunyai lebih 3 juta pelanggan dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ezbuy juga telah membawa masuk berjuta-juta produk yang pelbagai dan berkualiti dari China, USA, Taiwan, Korea serta tempatan bagi memenuhi kehendak pelanggan. Antara produk dan barangan jualan adalah seperti kasut lelaki dan wanita, beg & aksesori, produk kesihatan & kecantikan, barangan perabot, barangan ellektrik dan gajet, peralatan rumah & dapur dan macam-macam lagi!

Seperti platform online shopping yang lain, ezbuy juga mempunyai kualiti terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggannya. Yang best tentang ezbuy ni, mereka menawarkan perkhidmatan yang memberi lebih manfaat kepada pelanggan, seperti PRIME MEMBER SERVICE, Buy For Me dan banyak lagi. Pengeposan dan penghantaran yang menyeluruh samada dalam negeri atau dari luar negara, ezbuy sedia menawarkan harga terendah berbanding dari mana-mana platform online shopping yang ada.

Ezbuy PRIME MEMBERSHIP

Bila kita beli barang secara online, selain penjimatan dari segi harga barang kita juga kena ambil kira tentang kos pengeposan dan penghantaran. Haaa kan tak best kalau kita kena caj yang tinggi untuk shipping dan delivery. Apatah lagi kalau ia melibatkan barang yang berat dan besar.





Disinilah kelebihan Ezbuy kerana dengan Ezbuy PRIME MEMBERSHIP, korang boleh beli pelbagai jenis barangan tanpa perlu bimbang untuk bayar lebih caj penghantaran. Maksudnya, tak kira saiz, berat atau kuantiti barangan yang korang beli, walaupun barangan tersebut dari USA, China atau negara lain sekalipun tapi dengan keahlian PRIME korang hanya perlu bayar RM8.80 untuk kos penghantaran tanpa had! Berbaloi sangat!




So, kalau korang nak jimat banyak untuk kos shipping, korang kenalah mendaftar sebagai ahli PRIME dan membeli barangan dalam PRIME LIST (klik pada Prime Wishlist). Eh korang juga boleh menukar barangan yang tiada dalam senarai Prime kepada status Prime tau. Dan lagi satu, tiada Agen Fee dikenakan! 

Keahlian PRIME ada 3 jenis :
  • Prime Trial - bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba perkhidmatan Prime, bolehlah mendaftat untuk tempoh percubaan selama 5 hari dengan bayaran RM18.80. Tapi untuk Prime Trial ni hanya terhad pada barangan dalam Wishlist
  • Prime Lite - Tempoh 6 bulan dengan bayaran sebanyak RM99.00, maka korang layak dapat flat rate untuk shipping iaitu RM8.80 untuk 24 barangan dalam Wishlist
  • Prime Annual -  Tempoh 1 tahun dengan bayaran RM188.00, korang boleh menikmati flat rate untuk shipping iaitu RM8.80 bagi 42 jenis barangan dalam Wishlist




Perbezaan kos belian barangan menggunakan PRIME dan BELIAN BIASA

Perbezaan kos boleh dilihat apabila kita membuat pembelian menggunakan keahlian PRIME. Disini, caj penghantaran adalah sama iaitu RM8.80 (flat rate) untuk semua barangan tak kira saiz, berapa berat dan kuantiti barangan tersebut.


Walaupun kita beli barangan secara pukal dan pelbagai jenis, caj penghantaran tetap sama.



Bayangkan berapa banyak duit yang boleh kita jimat dengan keahlian PRIME? Nak lebih jelas lagi tentang perbezaan kos, korang boleh lihat contoh di bawah. Pembelian yang menggunakan keahlian PRIME jauh lebih berbaloi berbanding pembelian tanpa PRIME. 

Bukan sikit-sikit jimat tu, banyak tau! 





Tempoh Penghantaran


Lebih dari 90% senarai barangan Prime adalah layak untuk dipos melalui udara. Dan bagi barangan seperti perabot, atau barang besar dan secara pukal atau barangan yang dilarang penghantaran melalui udara akan dihantar melalui kapal. Jadi, anggaran masa ketibaan atau ETA  adalah antara 3-5 hari dan 16-22 hari.





Istimewa untuk pelanggan yang ada PRIME, Ezbuy ada menyediakan perkhidmatan Exclusive Livechat Support. So kalau korang ada masalah atau pertanyaan tentang sebarang pembelian, korang boleh ajukan soalan pada pegawai perkhidmatan pelanggan mereka yang berpengalaman.



Cara nak daftar PRIME MEMBERSHIP

Mudah sangat! korang hanya perlu :

1) Pergi ke laman web ezbuy.my dan login (kalau belum ada akaun, sila daftar dulu ye) 
2) Klik 'Prime Page' untuk pilih pakej PRIME yang korang nak cuba (Trial, Lite @ Annual)
3) Pilih barangan yang korang nak beli dalam senarai PRIME Collections
4) Ada 2 pilihan disitu, Ezbuy dan Prime. Klik pada Prime
5) Klik Add Cart dan boleh mula membuat bayaran secara online banking, internet banking, ATM atau card credit


Daftar Ezbuy & dapatkan Cash Voucher RM15!



Mudah je, kalau korang belum ada akaun korang boleh daftar Ezbuy dan korang akan terima cash voucher RM15 dengan tambahan 15% diskaun untuk caj penghantaran. Cash voucher tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun Ezbuy korang.

Ezbuy 12.12 Year End Sale!

Year End Sale kembali! Jangan lupa tarikh 12hb Disember ini sebab Ezbuy akan ada jualan promosi besar-besaran dan pastinya berbaloi! Pelbagai jenis barangan dan produk berkualiti yang boleh korang dapatkan di Ezbuy dengan harga diskaun yang kebabom! 

Klik banner untuk maklumat lanjut ye.


So tunggu apa lagi, nak shopping di Ezbuy kena daftar cepat hari ni dan daftar jadi ahli PRIME. Banyak kelebihannya dan penjimatan yang korang boleh dapat, dan semestinya ia berbaloi!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari https://ezbuy.my

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.