Breaking

Friday, December 28, 2018

Stay Fresh Body Sparkling Mist Wangian Penuh Kelembutan


Assalamualaikum!


Bak kata orang, wanita dan minyak wangi berpisah tiada. Tapi zaman sekarang tak kira lelaki atau wanita kalau nak keluar rumah mestilah nak berbau wangi dan segar kan. Jadi tak hairanlah kalau permintaan terhadap produk minyak wangi sentiasa tinggi di kalangan kaum wanita khususnya.



Selalunya, kalau saya share pasal apa-apa produk kecantikan dari Althea, mesti berkenaan dengan penjagaan kulit atau kosmetik. Tapi kali ini, saya nak share bingkisan wangian harum semerbak istimewa dari Althea yang mesti korang cuba!

Stay Fresh Body Sparkling Mist & Titi Kamal

Menariknya, minyak wangi terbaru dari Althea ini adalah kolaborasi istimewa bersama selebriti terkenal dari seberang, iaitu Titi Kamal! 


Titi Kamal merupakan seorang aktres dan penyanyi dari Indonesia yang terkenal dengan citarasa fesyen dan stail yang cukup menarik dan menjadi ikutan wanita masa kini. Justeru, beliau menjadi ikon kecantikan yang mampu memikat hati peminatnya di seluruh Asia Tenggara.

Wangian Stay Fresh Body Sparkling Menyerlahkan Sisi Feminin!

Setiap produk minyak wangi yang dihasilkan, ia bukan sahaja perlu mempunyai haruman yang wangi dan memikat. Tapi ia juga mampu menyerlahkan sisi feminin si pemakai.

Dan ciri-ciri itulah yang ada pada Stay Fresh Body Sparkling Mist ini. Ia mempunyai kombinasi haruman buah-buahan dan bunga iaitu, oren, pic dan mawar.


Baunya pula tidak terlalu kuat dan 'berat' tapi just nice dan lembut untuk bauan yang lebih tahan lama. Kelebihannya juga, ia adalah non-sticky dan sangat selesa pada kulit, pasti mampu menyerlahkan kelembutan wanita pada si pemakai.

Minyak Wangi Pilihanku!

Sejak saya diperkenalkan dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni, saya jatuh cinta dengan haruman lembutnya. Waktu terbaik untuk menggunakannya adalah selepas mandi.


Kalau keluar rumah, pasti takkan lengkap tanpa Stay Fresh Body Sparkling Mist. Kadang-kadang duduk dirumah pun saya guna juga, sebab sukakan kelembutan  harumannya. Ia juga boleh disembur pada tudung, baju dan tidak meninggalkan kesan minyak.

So girls, minyak wangi ni memang recommended! Korang boleh dapatkannya secara eksklusif di my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist dengan harga mampu milik, RM35!

InsyaAllah korang pasti puas hati!

#AltheaAngels,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.