Breaking

Thursday, January 17, 2019

5 Kenangan Aku Dengan Bas Mini


Assalamualaikum!

Sekarang ni asal petang je mesti jem!
So hiburan dalam kereta mestilah dengar radio.
Tapi semalam topik #SinarPetang memang best!
Cerita pasal 'Aku & Bas Mini'.
Langsung terkenang zaman-zaman kita naik bas mini dulu hehe.

Aku sempat merasa naik bas mini.
Tapi dah lupa la bas mini nombor berapa untuk Kg Pandan.
Tapi itulah pengangkutan utama waktu tu.
Bila dikenang balik zaman tu, memang lucu.
Macam-macam benda berlaku dalam bas hehe.


sumber : google


Tahun 90an memang aku mula naik bas mini.
Masa tu pun masih di sekolah rendah.
Bukan untuk pergi ke sekolah.
Tapi pergi jalan-jalan ke Chow Kit atau Kotaraya.
Sebut Kotaraya teringat pulak pada Metrojaya dan Globe Silk Store.
Itulah tempat arwah nenek sedara aku selalu bawa aku.

Selain bas mini, ada bas Foh Hup dan Hup Seng.
Lebih kurang gitulah namanya hehe.
Bas mini terkenal dengan pemandunya yang bawa laju.
Mentang-mentang saiz kecil berdesup dia pergi!
Pintunya tak pernah bertutup, kecuali takda penumpang.
Sebab memang penuh sokmo orang, terutama time pergi dan balik kerja!

5 Kenangan Aku Dengan Bas Mini

sumber : google


1. Loceng Tak Berbunyi - Bajet nak sampai next bustop, ko pun dah usha awal-awal kat mana butang loceng tu. Ko pun bangunlah nak tekan. Sekali tak berbunyi. Pergi depan sikit lagi, tekan lain. Tak berbunyi. Cari lain, tekan tak berbunyi. Penghabisannya semua loceng dalam bas tu ko tekan...still tak berbunyi! Rupa-rupanya loceng rosakkkkkkk!

2. Duduk Nak Terjatuh - kusyen seat tu kan jenis licin, dah tu takda tempat letak tangan. Ko duduk sebelah luar. Bial bas tu buat 'kona' baring, punggung ko pun ikut sekali meleret keluar dari seat hehe.

3.Tegang Urat Leher - Uniknya seat bas mini ni, seat dia pendek takat boleh sandar badan je. So kalau mata ko dah 'berat' sangat, solusinya lentok kat cermin tingkap je la. Pastu ko akan rasa gegaran otak sepanjang perjalanan haha!

4. Siapa Punya Tu? - Bila bas laju, barang ko jatuh dan tergolek atas lantai bas. Selalunya botol air la kan. Kita tertidur pastu entah masa bila botol air terlepas dari tangan. Ko dengar je la botol tu bergolek kemana-mana. Kalau dapat balik syukur. Kalau tak, sila beli botol baru hehe.

5. Hulur Ikut Tingkap - Selalu tingkap bawah memang tutup. Tingkap atas je terbuka untuk laluan angin keluar masuk. Kalau tertinggal barang, boleh tolong orang suruh pas kan ikut tingkap hehe.

Itulah antara kenangan aku dengan bas mini dulu hehe. Lepas tu sikit-sikit bas mini hilang 'ditelan 'oleh Bus Metro dan Intrakota dan kini Rapid Bus. Korang ada kenangan dengan bas mini tak? Sempat tak merasa naik bas mini atau yang sewaktu dengannya? atau tak pernah naik bas sepanjang hayat? hahaha.

Love,

Hanim

2 comments:

  1. tak pernah naik bas mini tapi pernah naik bas masa zaman study.berebut naik bas perkara biasa sbb nak seat.huhu

    ReplyDelete
  2. penah nampak bus ni reronda KL. makcik dok kawasan Desa Pandan dulu nampak je bus ni tapi x penah naik. klasik kan kenangan ? mesti ada yang sengih2 masa kenang balik =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.