Breaking

Friday, January 25, 2019

Bahan bacaan untuk Wani & Mira di hujung minggu



Assalamualaikum!

Kejap je dah Jumaat!
Esok Sabtu, lusa Ahad.
Selain homework yang berlambak nak kena siap.
Ibu sediakan bahan bacaan untuk kakak dan adik ngadap.

Mujur di opis ada perpustakaan.
Ibu boleh pinjamkan.
Nak pergi perpustakaan luar, entah kan bila masanya.
Setiap kali ada buku baru masuk, ibu akan pilih cerita-cerita yang menarik untuk dibaca.

Pilihan mereka?
Komik kartun.
Tapi sekarang ni, kakak dah boleh terima novel sikit-sikit.
Cuma dia cepat pening kalau baca buku tulisan yang kecil.
Yang Mira still 'melekat' dengan komik.

Takpe.
Janji baca.
Untuk release mind.
Untuk hiburan.
Untuk bagi minat membaca.




Bukan mudah nak bagi anak minat membaca.
Kadang-kadang ia perlu datang dari diri sendiri.
Kadang-kadang ia perlu dorongan dari orang lain.
Pernah aku cuba untuk duduk sekali membaca dengan diaorang.
Tapi tak tahan lama sebab muka surat kedua dah menguap hahaha!

Kakak dan adik memang suka membaca dari kecil.
Walaupun bukan kategori 'ulat buku'.
Tapi kalau diaorang dapat buku yang diaorang suka.
Itulah yang akan dihadap sampai habis ceritanya.

Sebagai ibu, kena faham 'citarasa' anak.
Mereka suka bahan bacaan yang macam mana?
Komik, novel, bergambar?
Tak boleh paksa untuk mereka suka.
Galakkan diaorang meminjam buku di perpustakaan sekolah.
Belikan buku cerita bila masuk kedai buku.
Pinjamkan buku untuk mereka.
Antara inisiatif yang boleh kita usahakan untuk bagi mereka minat membaca.






Membaca bukan sekadar hiburan.
Tapi membaca menjadikan mereka lebih peka tentang penggunaan bahasa.
Walaupun komik atau novel, tapi tahu membezakan bahasa yang betul dan bahasa pasar.
Memudahkan mereka untuk belajar bagaimana membina ayat.
Atau belajar perkataan baru yang belum pernah didengar.

Lagipun ini salah satu cara untuk alihkan perhatian mereka.
Perhatian dari mengadap gajet hehe.
Bila ada buku di tangan, kurang sikit mengadap smartphone.
Walaupun cara tu kadang-kadang godaan smartphone lebih hebat, tapi ibu takkan berputus asa hahahaha!

Love,

Ibu

3 comments:

  1. dulu2 masa kecik pun mula membaca dari komik.
    tapi skrng tah kemana minat itu hehe..

    ReplyDelete
  2. kak Nurin memang kaki baca buku. not so ulat buku. hanya minat.
    Syuhada tu, lom nampak minat membaca nyer, Nim.
    kalau bwk ke kedai buku pun, Syuhada takde minat.
    membaca ni nak kena pupuk, kan. paksa secara halus :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.