Assalamualaikum!
Rasa macam baru semalam dia keluar dari perut mama dia.
Rasa macam baru semalam aku jaga dia.
Pejam celik pejam celik dah besar dahhhhh cucu sulung Hj. Hashim ni.
Dengan dia la kami sekeluarga dapat merasai kegembiraan menerima kehadiran cucu pertama dan anak buah pertama dalam keluarga.
Memang ditatang bagai minyak yang penuh terutama oleh atok dan uwan.
Maklumla, dia saja budak kecil dalam family kan hehe.
Alhamdulillah, aten dah besar panjang sekarang.
18 tahun tu ucu rasa cepat juga berlalu.
Masa aten lahir 18 tahun yang lepas, ucu baru berumur 17 tahun.
Baru lepas exam SPM.
Kebetulan mama memang duduk berpantang di rumah uwan.
Ucu ingat lagi ....
Walaupun atok dan uwan bekerja masa tu, tapi diaorang tetap boleh jaga mama dan aten.
Ucu masa tu mana reti masa lauk orang berpantang.
Masak air dan masak maggi boleh la haha.
Setakat jaga aten dan mama, bagi aten kat mama untuk menetek bolehla.
Selebihnya, atok dan uwan la yang buat pagi-pagi sebelum pergi kerja dan bila balik kerja tengahari.
Uwan pagi-pagi dah masak lauk untuk mama.
Atok pulak akan mandikan aten.
Dah siap makan dan mandi, ucu pula akan main ngan aten hehe.
Ucu kan suka layan budak kecil.
Mama asyik tido he ...shhhh jangan kasi kantoi kat mama tau haha!
Panjang lagi nak cerita kenangan tu.
Tapi itulah antara momen terindah buat semua orang bila aten hadir dalam hidup kami.
Ia satu pengalaman yang baru dan indah buat ucu juga, sebab ucu dapat jaga aten masa mama dalam pantang.
Walaupun kita jarang berjumpa.
Tapi ucu tetap sayang aten tau.
Hazwani dan Hazmira pun sayang kat kakak aten.
Ucu cari juga gambar kita berdua, tapi tak jumpa haha.
Lepas ni kita kena banyakkan selfie bersama k.
Kami doakan semoga aten dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat.
Jaga mama dan papa ok.
Lepas ni aten akan melangkah ke alam dewasa.
Kalau dapat sambung belajar, gunakan peluang itu untuk terus maju dan menyerlah dalam bidang yang aten suka.
Tapi kalau dah bekerja nanti, jangan lupakan mama dan papa.
Jangan lupakan ucu disini juga....haha.
Happy Birthday Girl ....💗💗💗
Love,
Ucu
No comments:
Post a Comment