Breaking

Tuesday, January 15, 2019

Memaksa atau meletakkan harapan untuk anak berjaya? Adakah sama?



Assalamualaikum!

Jujur lah ye, memang aku berharap sangat anak-anak berjaya.
Kalau boleh beranak ramai tu lain cerita.
Setakat hari ni, ada 2 orang budak comel ni je dalam pelukan dan jagaanku.
Dah tentu kita sebagai ibu selalu doa yang baik-baik untuk mereka.

Salahkah aku meletakkan harapan yang tinggi buat kakak?
Dalam konteks dia sekarang, pelajaran adalah yang paling utama.
Tapi ada yang kata aku terlalu 'memaksa' anak untuk berjaya.
Walhal paksaan dan meletakkan harapan itu dua benda yang berbeza.

UPKK 2018

Kalau nak tahu, aku memang tak expect kakak boleh dapat cemerlang!
Malah aku tak yakin dia boleh dapat sebanyak tu.
Tapi bila slip keputusan UPKK berada di tangan, baru aku sedar kakak memang boleh buat!
Maka, untuk UPSR & PSRA insyaAllah ibu doakan kakak cemerlang.




Macam mana kita nak tahu kita ni memaksa anak atau tidak?
I mean, dalam masa 12 tahun ni aku bergelumang dengan dunia persekolahan anak-anak.
Sebagai ibu, aku ada target untuk mereka dan menggalakkan anak-anak juga meletakkan target untuk diri sendiri.
Kalau tak, buat ape ko susah-susah pergi tanya,"kakak dah besar nanti nak jadi ape?"
"kakak nak jadi doktor...kat Korea!"
"takpe kakak, tak perlu belajar sampai pandai, gagal subjek sains pun takpe"
Agak-agak berapa peratus kebarangkalian cita-cita dia boleh tercapai kalau aku cakap macam tu?


Macam mana kita, yakni ibubapa nak tahu samada kaedah kita guna selama ni bersifat memaksa atau galakan/sokong/menaikkan semangat/whatever yang positive lah!

Senang je, tanya dia. 
Berkomunikasilah dengan anak tu. 
Dengar cerita tentang dia atau kawannya di sekolah. 
Pernah dia bercerita, kawan-kawannya dah berhenti sekolah agama dan tak sambung darjah 6.
Mungkin nak fokus pada UPSR.
So, aku tanya dia.
"Kakak nak berhenti jugak ke?"
"Tak lah...kakak cerita kawan kakak je"

Sesekali, aku akan tanya kakak, "kakak ok ke belajar?"
Dan dari saat dia masuk tadika sehinggalah sekarang.
Tak pernah aku dengar rungutan atau keluhan dari dia.
Bila dah darjah 6 ni pun, dia sangat aware dengan 2 peperiksaan besar yang bakal dia hadapi tahun ini.
UPSR & PSRA.

Itulah penting bila anak belajar di rumah atau buat homework.
Ibubapa kena duduk di sebelah.
Atau salah sorang kena ada dengan diaorang.
Cuba untuk bantu diaorang jawab soalan.
Walaupun diselit dengan jeritan ala-ala 'tarzan' haha.
Bukan sewenang-wenangnya kita boleh minta anak cemerlang dengan sendiri tanpa bimbingan kita.




Dan untuk berkata aku memaksa anak.
Terpulanglah pada yang menilainya.
Tapi jujur, tak pernah aku letak parang kat leher diaorang suh belajar.
Atau brainwash dengan kata-kata ugutan.
Dari darjah 1 hingga darjah 3 diaorang banyak main je hehe.
Yang termampu hanya membebel.
Itu pun tak 'jalan' weh! haha.

Yes, sepertimana ibubapa lain aku meletakkan harapan pada dua orang anakku.
Untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia akhirat.
I mean, itulah doa dan wish kita untuk diaorang setiap kali birthday kan.
Paksaan takkan bawa mereka kemana.
Tapi galakan dan didik mereka untuk tanam impian dan cuba untuk capai adalah tugas kita sebagai ibubapa.

Moga kakak dan adik cemerlang dan gemilang dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat..aaminnn.


Love,

Ibu

3 comments:

  1. jelingan ala2 tarzen.. hehehe. semoga kakak cemerlang dalam upsr tidak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. aida mengaku, aida paksa diorang utk belajar & wajib dpt good marks.
    sama la kita, darjah 1-4 gitu, aida tak amik peduli sgt. let go diorang secara sendiri.
    but standard 5-6 penting dah. cukup2 la tu main2.
    so far, anak2 dara aida boleh folo la kerenah ibu dia ni yg sgt exam-oriented, Nim.
    cikgu kata, A bukan sasaran. janji lulus.
    aida bisik kat telinga anak-anak, "bagi ibu A penting ye...". ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.