Assalamualaikum!
Sejak periuk nasi tak menyala lampunya.
Terpaksalah aku masak nasi guna gas dapur.
Berbulan lamanya bertahan.
Akhirnya aku tewas!
Start tahun 2019, aku ada resolusi.
Resolusi nak cukupkan kelengkapan rumah sedikit demi sedikit.
Ada 3 barangan elektrik yang aku perlukan dalam rumah tu.
Dua darinya berjaya dah berjaya aku beli.
Pertama, vakum dan kedua periuk nasi ni.
Kedua-duanya dari Shopee!
Adoiii ...'berhantu'lah online shopping ni hahaha!
Pantang bukak mesti membuak-buak hati tu nak klik beli.
Mujurlah barangan yang aku beli ni memang sangat diperlukan!
Bukan sesaje nak perabih duit gaji.
Memang makan hari juga aku survey barangan yang aku nak.
Barang ke-3?
Rahsiaaaa! hehe.
Anyway, macam aku cakap tadi.
Makan hari juga nak mencari periuk nasi ni.
Survey spek, harga, review pengguna dan bajet aku sendiri.
Usha punya usha, akhirnya periuk nasi dari Philux ni jadi pilihanku.
Hanya RM50 sisssss!
Order hari Khamis, barang sampai Isnin minggu depannya.
Jadila untuk keluarga kecil kami.
Tak tahan woooo masak atas dapur.
Cepat habis gas aku hehehe.
Malam tu juga aku rasmikan kali pertamanya.
Alhamdulillah ... ada kualiti dan puas hati.
Misi periuk nasi berjaya!
Love,
Hanim