Assalamualaikum!
Belum seminggu, tapi dah rasa rindu kat mummy.
Bila pandang meja sebelah ...kosong.
Mulala terkenang masa-masa aku dengan mummy.
Setiap pagi bila masuk opis.
Tiap kali aku sampai di meja, pasti akan wish dia "good morninggg".
Kadang-kadang kalau dia bukak bekal makanan dia, aku akan tanya.
You makan apa tu mummy?
Walaupun aku tahu makanannya sama je...nasi goreng sayur.
Mummy ni vegetarian, sangat berdisplin dalam pemakanan.
Kalau bukan nasi goreng, dia akan beli roti organik.
Bukan roti biasa yang kita makan ni ye.
Dia bukan saja pantang tak makan ikan, daging ni semua.
Makanan yang ada bahan pengawet pun dia takkan sentuh.
Nasi pun guna beras perang!
Ko jamulah nasi ayam kapitan, nasi kari kambing, nasi lemak biasa sekalipun!
Takde dia heran haha!
So, bab jaga kesihatan ni memang mummy champion la kat opis ni.
Kadang kita nak gi amik air masak, dia dok buat senaman ringan kat tepi mesin air tu.
Itulah amalan dia dari sejak aku masuk situ sampai hari dia nak pencen.
Berdisplin, komited, tak makan 'rasuah' dan tahan nafsu makan haha.
Itulah serba sedikit kenangan aku ngan mummy.
Ada banyak lagi sebenarnya.
Maklumla, kami kan 'jiran' sebelah menyebelah.
Banyak suka duka kami kongsi bersama hehe.
Pasal kerja la most of the time.
Sebab mummy jenis follow the rule punya orang.
Tentang kerja dia memang straight forward!
Kadang-kadang pada akulah tempat dia 'mengadu'.
Kalau ada kerja yang tak ikut rule, dia mesti komplen.
Tapi satu yang aku kagum ngan mummy.
Dia marah sekejap je, pastu dia ok balik.
Dia akan tegur kerja ko kalau tak betul.
Tapi dalam tegurannya, dia akan ajar ko cara nak betulkan.
Memang tak lokek ilmu!
Itulah pentingnya senior kita.
Walaupun sekarang orang dah tak berapa pandang pada seniority.
Tapi sebagai orang muda, kena ada rasa hormat pada orang lama.
Mana pun kita pergi, kita jangan rasa kita berhak untuk mendabik dada.
Dengan senior la kita kena korek ilmu selagi boleh.
Dan contohi tingkah laku yang baik dari mereka.
Kita juga akan jadi orang lama satu hari nanti.
Tapi adakah kita akan dikenang sebagai rakan sekerja yang baik atau sebaliknya?
Kalau tiada rasa hormat kita pada senior.
Maka, jangan terkejut satu hari nanti kita akan diperlakukan sama oleh orang baru.
You know, what goes aroung comes around.
Minggu lepas mummy diraikan dalam satu jamuan serba ringkas.
Disebabkan mummy tak makan makanan biasa (sebab dia vege).
Kami pening juga nak fikirkan menu yang sesuai hehe.
Last-last kami order laksam dan mihun Singapore untuk breakfast.
Walaupun mummy tetap tak makan kedua-duanya, tapi mummy makan kek!
Sebab kek tu kek vege dari Secret Recipe.
Kitaorang pun baru tau ada kek untuk orang vegetarian hehe.
Sedap boleh tahan juga rasanya.
Lepas tu ada buah-buahan.
Mummy makan juga.
Me and mummy
Tak dinafikan aku beruntung duduk meja sebelah ngan mummy.
Banyak pengalaman dan cara kerja dia yang buat aku respect sangat dengan dia.
Paling penting, dia berdisplin.
Walaupun kami 'gaduh' manja kengkadang tu, tapi dia memang jenis tak simpan dalam hati.
'Gaduh' pasal kerja je la hehe.
Selamat bersara mummy!
Setelah berkhidmat selama 33 tahun lebih, akhirnya kami terpaksa 'lepaskan' mummy.
Nasihat dan tunjuk ajar mummy pada kami akan kami ingat dan praktikkan dalam pekerjaan kami.
Displin dan komitmen mummy menjadi contoh buat kami.
Moga mummy dapat jalani hidup yang lebih ceria lepas ni ye mummy.
Of course la mummy happy kan.
Tak payah rushing bangun pagi untuk redah traffic jam ke opis hehe.
Hurmm....mummy dah selamat pencen.
Aku? (kira pakai jari)
ada 20+ lagi .... kalau panjang umur insyaAllah.
Love,
Hanim
pekerja yg baik sememangnya akan diingati semasa ketiadaannya..
ReplyDeletekann...kalau kita layan orang baik, maka dengan sendirinya orang akan mengenang kebaikan kita. Begitulah sebaliknya...wallahualam
Deletetinggi nyer Hanim dlm gambo tu :)
ReplyDelete