Breaking

Friday, January 18, 2019

Trend #10YearChallenge


Assalamualaikum!

Apa saja berkaitan dengan dunia alam maya mesti cepat viralnya.
Manusia di zaman ini sangat seronok melakukan pelbagai #challenge.
Tahun lepas viral dengan #kekechallenge.
Lebih 2-3 juta video menari sambil kereta bergerak dikongsikan di media sosial.

2019?
Wow! Belum habis bulan 1 pun, dah ada #challenge baru.
Trend kongsi gambar 10 tahun dulu dengan sekarang.
Jangan lupa hashtag #10YearChallenge.

Siapa join?
Ramaiii...setakat ini lebih dari 3 juta gambar dikongsikan di semua platform media sosial.
Aku join gak ke?
Eh mestilah ada!
Kenala seiring dengan trend kan hehe.

Anyway, aku ada terbaca beberapa tweet tentang #10YearChallenge di Twitter.
Antaranya, adakah kemungkinan data (gambar #10YearChallenge) yang kita kongsikan itu boleh disalahgunakan sebagai latihan pengecaman wajah mengikut peringkat umur - say like 10 tahun?

Walaupun Facebook menafikan terlibat dalam plot #10YearChallenge ni.
Itu tak bermaksud kita tak perlu berhati-hati.
Apa saja yang kita kongsikan di media sosial, pastikan ia selamat.
Bab aurat 10 tahun lepas, itu patut didahulukan la ye.
Takda kompromi takda alasan.
Sendiri mau ingat, sendiri mau jawab nanti ha.




Now, I know everyone is very excited with this challenge.
Me too!
Dan bukanlah trend perkongsian gambar #10YearChallenge tu tak bagus.
Ada juga yang gambar yang dikongsikan itu sangat menyentuh hati netizen.
Dan tak semestinya gambar muka kita.
Contohnya dibawah.







Yes, like I said.
Trend #10YearChallenge ni ada sisi positif yang kita boleh ambil.
Kita perlu kongsi gambar-gambar yang mampu membuka mata dan hati penduduk bumi.
Tentang sengsara negara yang berperang.
Terntang haiwan-haiwan dan hidupan laut yang hampir pupus.
Tentang pemanasan global yang sedang mengancam kehidupan.
Semua ini memerlukan perhatian kita.

Oh ya, tadi aku cakap aku pun ada kongsi gambar #10YearChallenge di media sosial.
Banyak kali juga aku berfikir.
Ke depan ke belakang ke depan ke belakang.
Nak share gambar siapa ye?

10 tahun lepas aku masih pakai Nokia E70 tu.
Tapi kira gambar canggih la jugak.
Tapi banyak gambar yang tak dapat diselamatkan sebab hardisk simpan gambar corrupt!
So, hanya ada beberapa keping je dalam simpanan.

Letak gambar Mira pun ok gak.
Dia pun lahir 10 tahun lepas hehe.
Gambar dia je yang banyak dalam galeri ni hoho.
Kira bolehlah share sebab dia budak kecil.

Fikir punya fikir.
So inilah hasilnya.
Tengok bawah.




Oh yesssss, I'm in! lol.
Harap gambar ini tidak disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.
Tapi kalau nak guna bagitahu dulu tau.
Dah bagitau baru aku halalkan.

😝😝😝😝


Love,

Hanim

3 comments:

  1. terbaik lah kak..botol masih elok guna walaupun dah 10 tahun kan

    ReplyDelete
  2. ade tengok juga gambar2 yang deep utk 10yearschallenge tu..
    hehe x brani nak join. tapi cayalaaaa botol tu =D

    ReplyDelete
  3. ha ha ha ha...
    aida x buat pun.
    gambo ada je.
    gambo sendiri. gambo anak.
    malas nak gali gambo kat desktop.
    letih!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.