Assalamualaikum!
Dalam tempoh 6 tahun kakak bersekolah agama, ini kali pertama aku pergi mesyuarat PIBG sekolah dia. Sekolah pagi memang setiap tahun pergi, tapi sekolah agama ini yang pertama kalinya. Kenapa? sebab mesyuarat PIBG dia buat malam.
Kenapa malam? sebab kebanyakan ibubapa duduk di luar kawasan jadi kalau buat hari cuti waktu siang mungkin takkan dapat sambutan. Tapi memang ada betulnya. Sekolah kebangsaan punya mesyuarat PIBG mana pernah cukup korum walaupun dibuat pada hari Sabtu dan waktu siang.
Jadi, sekolah agama diaorang buat pada waktu malam. Tapi bagi aku pula, agak susah nak stay back sebab kami duduk jauh nuuu di Kolumpo! Kang balik umah dah pukul berapa! Tapi tahun ni kita buat pengecualian sikit. Nak merasa juga suasana mesyuarat PIBG waktu malam ni hehehe.
Beza bebenor rupanya mesyuarat malam dengan mesyuarat siang hehe. Aku tak tahu la sekolah lain, tapi malam tu ramai pula ibubapa yang hadir untuk mesyuarat PIBG. Hampir penuh gak kerusi dalam dewan tu. Ada juga ibubapa lain yang stay back macam kami, mandi, bersiap dan solat di masjid berhampiran.
Tapi satu je benda yang aku baru sedar sekarang ni. Aku memang tak sesuai pergi mesyuarat PIBG waktu malam. Sebab apa? sebab aku cepat mengantukkkkk! hahaha. Tambah diaorang bagi makanan pulak tu, lepas makan masuk dewan terus menguap ko! Hahahahampeh.
So, biarlah aku pergi mesyuarat belah siang aje. Malam-malam tak boleh meeting haha :p
Love,
Hanim
hehehe.. terbaek. pertama kali dgr mesy pibg malam..
ReplyDeleteHahahah Kita pulak, xkisah mesyuarat time bila pun, sure mengantuk lagi2 kalau dah nak masuk jam ke-2...
ReplyDelete