Breaking

Friday, March 15, 2019

Bila lihat anak berlatih bola jaring


Assalamualaikum!

Anak-anak ibu semakin hari semakin membesar. Kalau boleh ibu nak berada dekat dengan anak-anak ibu sepanjang masa macam ibu-ibu lain. Ibu nak tengok apa aktiviti kakak dan adik di sekolah. Nak duduk satu kelas tengok apa yang kakak dan adik belajar. Nak berada di padang bersukan dengan kakak dan adik.

Tapi tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Tapi bila ibu dapat peluang tu, ibu takkan lepaskan! Bila anak-anak masuk darjah 1, mak-mak memang excited nak ikut mana anak pergi, apa mereka buat. Tapi anak ibu dah darjah 6! Perlu ke ibu teman kakak selalu?




Bagi ibu perlu! Ibu nak ikut serta aktiviti yang kakak buat di sekolah. Bila ibu tengok latihan bola jaring kakak beberapa bulan lepas, ibu sedar ibu terlepas banyak momen kakak melakukan aktiviti di sekolah. Sebab itu, ibu datang juga tengok latihan bola jaring kakak untuk beri support tanda ibu ambil berat.

Dan tentulah ibu tangkap gambar dan video sebanyak mungkin! hehe. Itulah kenangan untuk ibu dan ayah nanti. Kakak membesar terlalu cepat, gambar dan video lah yang akan mengingatkan kami betapa rindunya kami dengan zaman kanak-kanak kakak.



Kakak ada peluang bersukan di sekolah rendah, jadi jangan sia-siakan peluang tu. Ibu suka anak-anak ibu aktif bersuka tanpa abaikan pelajaran. Bagi ibu, pelajar yang aktif bersukan dan belajar ada pakej lengkap untuk berjaya. Ibu doakan yang terbaik untuk kakak ok.

Love,
Ibu

1 comment:

  1. singgah sini :D https://messarah.blogspot.com/2019/03/misi-springcleaning-sale.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.