Assalamualaikum! Sejak penguatkuasaan dibuat terhadap produk-produk tempatan tak kira la kosmetik, kesihatan, jamu dan macam-macam lagi yang telah memudaratkan kesihatan ramai pengguna di Malaysia ni, rupanya apa-apa bentuk pengiklanan atau review juga dipantau oleh pihak SKMM.
Blog yang selalu kita masuk dan skodeng segala resepi lauk dan kuih, blog tiffinbiru.com tetiba disekat oleh SKMM beberapa bulan lepas. Siapa tak kenal Che Mat kan, blogger masakan tersohor yang selalu berkongsi apa saja resepi lauk-pauk, kuih-muih, kek-kek dan segala macam jenis lagi masakan kat blog beliau.
Kita ni silent reader je, tapi murung dan tertanya-tanya juga kenapa pulak blog masakan Che Mat boleh kena sekat dengan SKMM? Blog masakan kotttt....bukan cerita gosip atau blog politik! Eh tak masuk akal la!
Dan pagi ni bila kita masuk blog dan pergi dekat 'Reading List', tetiba nampak post Che Mat! Alhamdulillah syukur! Blog Che Mat kembali bersiaran selepas 2 bulan 3 hari disekat SKMM.
Dengan laju daku hadam betul-betul cerita macam mana blog Che Mat boleh kena sekat, apa puncanya dan macam mana Che Mat setelkan. Hanya blogger je yang faham perasaan rakan blogger lain bila blog bermasalah.
Komen pengunjung kita terrrrrdelete pun kita dah murung seminggu siap mengadu kat facebook kan ...haha! Inikan pulak blog tak boleh dibuka .... pedihhhnya tu disini dik non!
Jenuh juga Che Mat nak setelkan perkara ni. Orang lain mungkin fikir....elehhh blog je pun. Apa susah...buat je la blog lain! Ehhhh kemain ko ye! Ko ingat buat blog ni macam masak maggi?? 2 minit dah siap?? Tahu tak segala titik peluh, usaha, ilmu masakan bertahun-tahun semua beliau kongsikan di blog ni. Sayang giler la kalau dilepaskan begitu saje kan.
Lagipun yang menyekat tu tak bagitau punca kenapa blog beliau disekat. Kita yang silent reader ni pun terpinga-pinga mencari dimana silapnya, empunya badan tu lagilah kebingungan memikirkannya. Rupa-rupanya dari coretan Che Mat, blog beliau kena sekat sebab SKMM dapat arahan dari KKM yang menyatakan bahawa Che Mat ada buat entri review satu produk pada tahun 2016.
Laaaa pasai tu ka?? kot ye pun bagi la warning dulu dalam bentuk email ke ape. Semua blogger ada sediakan email untuk dihubungi. Jangan la terus pergi sekat blog orang tu. Tu pasal la kita tertanya-tanya kenapa nak sekat blog masakan pulak! Haihh...kesian Che Mat.
Kini, blog Che Mat dah pulih seperti sediakala. Syukur dan tahniah Che Mat! Apapun jadikan ini sebagai satu pengajaran kepada rakan-rakan blogger lain termasuk kita sendiri. Jangan dok main pulun terima produk untuk direview terutama produk kesihatan yang overclaim boleh menyembuhkan penyakit kronik. Dulu lain, sekarang ni orang dah mula sedar tentang ketemberangan testimoni-testimoni. Kita ni takda niat nak menipu orang, tapi bila dah kena macam ni rasa cuak la pulak. Lagi la sekarang ni pembongkaran tentang kegiatan produk 'sampah' ni semakin aktif dan bila pihak KKM dapat tahu ada review yang salah tentang produk tu, maka akan diambil tindakan.
slm sis, patutlah ada sekali saya klik blog Tiffin Biru tak dapat masuk, ingatkan sebab tak delete cookies dlm setting laptop, rupanya memang kena sekat ya..semoga dipermusahkan urusan Che Mat..aamin.
ReplyDeletew'salam sis, tu la saya ingatkan pun macam tu jugak. Bila klik asyik kuar error 404. Alhamdulillah blog che mat dah pulih
Delete