Assalamualaikum! Teruja semua menunggu episod pertama drama bersiri Nur 2. Tengok gazette dia pun dah boleh membangkitkan rasa ingin mengadap depan tv pukul 10 malam. Apapun, last episod dalam Nur Madi kena tangkap kan! So aku nak tengok episod 1 ni, macam mana dia dalam penjara tu. Makin elok ke makin teruk hehehe.
Alhamdulillah syukur mak Adam boleh dah terima kehadiran Nur dalam keluarga. Sampai bila nak berdendam dengan menantu sendiri kan. Yang paling dibenci tu la yang menyelamatkan nyawa dia tika tercekik tertelan petai dulu huhu. Akhirnya mak dia sendiri pujuk Adam untuk bawa balik Nur dalam hidup mereka. Dejavu sangattttt!
Begitulah kehidupan. Hati kita bukan kita yang pegang sepenuhnya, tapi hakmilik Allah sampai ke akhirat. Mata kita pandang hina pada orang, tapi bila Allah bolak-balikkan hati kita untuk terima orang tu maka kita tiada daya untuk menghalangnya. Wallahualam.
Ok sambung membebel. Part Madi dalam penjara dah sampai. Kemain lagi dia menafikan kes pecah amanah walhal dah cukup bukti dia yang seleweng duit Darul Mukhsin. Patut Madi dalam penjara tu, Ecah boleh sedar yang suami dia selama ni memang bawa masalah dalam keluarga. Tapiiii si Ecah ni ....alahaiii malas aku nak cakap la. Macam tu punya tengking dalam telefon, macam tu punya hinaan sampai 'cikgu' pun tegur.
Kenapalah Ecah ni, mulut Madi tak pernah keluar perkataan yang baik-baik, malah menghina lagi ada la. Asyik syurga nerakaaaaa jadi bahan ugutan dia pada Ecah. Tu je la modal dia! Dah kena sumbat pun masih nak ugut isteri lagi. Cikai!
Nak kata b*d*h pun ye, nak kesian pun ye jugak si Ecah. Bawa barang kemas pergi pajak gadai baru tau dia kena tipu dengan suami yang bagi dia barang kemas palsu selama ni! Tu pun masih tak sedar diri ke lagi Ecah??? Tapi kalau dia cepat sedar diri, maka drama ni pun tamat la kan hahaha.
Kali ni, ada dua watak baru iaitu Nenek dan Suraya. Suraya pelajar Darul Mukhsin rupanya. Kesulitan dia didengari oleh Amirul, adik Adam. Pasni dua orang jadi macam belangkas la ye hehe.
Kesian Nur, bukak kelas mengaji di rumah kena hentam sama jiran dia. Jiran mulut puaka tu kemain laju bercakap haha. Rasa nak cili apikan mulut dia tu! Rupanya malam tadi dia layan sampai 5 orang hahahahaha! Hampeh!
Apapun dalam episod pertama ni, ada pengajaran jelas yang kita ambil. Jangan kita perlekehkan keselesaan jiran walaupun kita sedang berbuat kebaikan. Macam mana pun baik niat kita, kebajikan jiran tetangga lebih penting.
Dan di akhir episod muncul seorang wanita lorong.... misteriiii! Siapa namanya??
Tak sabar nak tengok Ecah dan Nur terjun kolam haha!
No comments:
Post a Comment