Breaking

Monday, April 15, 2019

Hadiah pelik dari kawan Mira!


Assalamualaikum! Hahahahaha ibu tak tahu nak letak tajuk apa, tapi itulah yang sesuai untuk entri birthday tahun ni. Lain macam hadiah yang Mira dapat dari kengkawan dia. Ada yang bagi buku, ada yang bagi keychain. Tapi ada satu hadiah ni yang buat ibu konpius dan terfikir-fikir apakah maksud tersirat disebalik yang kawan dia cuba ingin sampaikan.

Satu hari Mira bawa balik beberapa buah buku dan tunjukkan pada ibu. Mira cakap ni kawan Mira, Amalin yang bagi untuk birthday Mira. Dia bagi awal sebab birthday Mira jatuh pada hari cuti sekolah, jadi nak bagi awal sikit la.



Hebat kawan Mira, awal-awal dah bagi hadiah. Mana la kenit tu tak suka. Lagi pulak, hadiah dari BFF! Bangga dia tunjuk kat ibu. Kiranya tahun ni, Mira dapat hadiah dari kawan dulu berbanding dari ibu dan ayah huhu.

Tapiiiii ada satu lagi hadiah yang Mira dapat ni ....pelik! Seumur hidup ibu, inilah kali pertama ibu tengok orang bagi hadiah kunci untuk birthday. Ibu tanya, kenapa kawan awak bagi kunci ni dik? Mira jawab,"entah la ma...mungkin ini KUNCI PERSAHABATAN kot!"

(Loyar buruk punya jawapan nih!) hahahaha....



Hahahahahahahaha gelak besar ibu dengan Mira cakap macam tu! Tersurat dan tersirat sangat niiiiiii hahahahahaha. Adeh...kunci siapa la pulak kawan awak amik ni nak oiiiii! Jenuh la kalau ibu atau ayah dia tanya dalam group WhatsApp kang mana pergi kunci diaorang hilang hahaha.

Takut juga kot-kot tu kunci peti besi ke, peti harta karun ke, kunci kereta Mercedes CLS ke (hahaha takda rupa langsung!), kunci pagar rumah baru ke hahahahaha. Adehhhh pandai kawan awak buat lawak, sama la poyo macam awak jugak :p.

Sampai ke hari ni, ibu dan Mira tak tahu apa maksud disebalik kunci misteri pemberian kawan dia ni hahaha. Dan setakat ni takda siapa pulak yang datang untuk claim kunci ni :p

Love,
Ibu

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.