Assalamualaikum! Rezeki tak pernah salah alamat, memang kali ini alamatnya untuk Aten. Alhamdulillah syukur akhirnya cita-cita mama, cita-cita papa, doa atok dan wan, doa ucu dan yang terutama impian Aten dah pun tercapai!
Sebelum tu, agak cuak juga bila dapat tahu kursus yang Aten idam-idamkan tu mungkin tak dapat. Dia dah la minat ke arah seni. Bila isi borang permohonan, hampir semua kursus pasal seni je. Bila diaorang filter, alih-alih ada kursus perbankan dan undang-undang pulak! Mau tak 'melompat' orang tu hehe.
Dalam 12 kursus yang dia kena isi, hanya 3 kursus sahaja yang diterima berkenaan dengan seni. Lagilah 'meroyan' anak dare tu haha!
Lepas tu Aten dapat surat tawaran interbiu untuk Diploma Seni Lukis dan Seni Reka di Uitm Shah Alam. Nervous ni nervous! Walaupun ucu tak ikut, tapi mama selalu wassap Ucu macam mana keadaan Aten di sana. Fuh!
Dua malam sebelum interbiu, Aten dok siapkan lakaran hasil lukisan atau artwork yang kena dibawa untuk interbiu tu nanti. Aten memang minat ke arah fashion designer dan lukisannya memanglah lawa! Mamanya pun pandai melukis time sekolah dulu, tapi Aten memang da bomb! Tengok je la gambar orang yang dia lukis 3 tahun lepas .... berseni sungguh tangan anak dara tu!
Mama dia kata, habis bunga kertas dia tanam depan rumah 'dikerjakan' si Aten untuk artwork dia. Orang bukan seni macam mama tu apalah yang dia faham kan haha. Biarlah dia buat apepun dengan bunga kertas tu, janji dia dapat hasilkan artwork yang boleh impress penemuramah tu nanti.
Pengsan tengok artwork Aten! Yesss! Ucu sangat yakin Aten akan diterima masuk untuk hasil artwork yang A+ macam ni! Terkesima ucu tengok lukisan Aten dan hasil kerja seni Aten. Keluarga kita takda pulak yang datang dari bidang seni, tapi Atenlah orang pertama yang masuk bidang seni. Seni lukis dan reka.
Selesai interbiu, kena tunggu seminggu untuk keluar keputusan akhir. Maka, tanggal 5 May yang lalu, keputusan Aten untuk masuk ke Uitm ....diterimaaaaaaaaa! Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Impian Aten untuk belajar bidang yang Aten nak sangat sangat sangat, iaitu Diploma Seni Lukis dan Seni Reka akhirnya menjadi kenyataan. Syukur ya Allah!
Semua orang happy sangat! Mana tak happy, Atenlah orang pertama pecah tradisi dapat masuk universiti dalam keluarga atok. Anak-anak atok bukan tak pandai, tapi banyak main masa sekolah dulu, tu yang dapat masuk. Bagilah peluang kat orang lain pulak kan hahaa :p
Tahniah Aten, tahniah mama! Kat mama pun kena ucap tahniah, sebab dia menangis setengah jam bila Aten semak keputusan UPU online dan bagitau dia dapat masuk UiTM. Macam tak sangka katanya, sebab Aten cakap dia macam tak konfiden boleh dapat. Tapi ucu pujuk mama, insyaAllah Aten mesti dapat sebab dia memang ada bakat ke arah tu.
Mama tu banyak dah berkorban untuk Aten. Banyak dah duit dia habis nak sekolahkan Aten haha. Anak sorang pulak tu. Mak mana tak happy anak masuk univerisiti kan. Cucu sulung atok pulak tu. Alhamdulillah.
Tahniah Aten dari ucu sekeluarga. Semoga kakak dan adik dapat serap semangat kakak Aten untuk terus berjaya dan belajar sehingga tercapai impian. Dah dapat course ni, belajar leklok tau. Teruskan kecemerlangan di menara gading. Tahniah juga pada pakwe Aten yang dapat masuk Matrikulasi hehe.
Love,
Ucu
Tahniah! Rezeki di bulan Ramadan. Moga terus cemerlang, dunia dan akhirat. Tahniah juga buat ayah dan ibunya.
ReplyDeletetahniah aten..:)
ReplyDeleteWah.. Berbakat.. Cantik.. Memang berseni
ReplyDelete