Assalamualaikum! Dah 4 hari sejak kak Sitty tinggalkan meja dia. Sekarang dengan rasminya, meja kiri dan kanan aku kosong tidak berpenghuni. At least untuk 2-3 hari lagi, itu pun kalau pengganti dia jadi datang lapor diri.
Beberapa bulan lepas bila kak Sitty dapat surat tawaran balik Sabah. Aku mampu tersenyum sekejap lepas tu aku diam sepanjang hari. Aku happy tapi dalam masa yang sama sedih. Sedih sebab aku dah anggap dia macam kakak aku. Walaupun diluar aku tersenyum, tapi dalam hati aku dah start menangis sebenarnya.
Walaupun perkenalan kami hanya 4 tahun, tapi kak Sitty satu-satunya orang yang tak pernah berkira dengan aku. Perpisahan ini agak memberi kesan yang mendalam tapi aku harus redha dan berkongsi kegembiraan ini dengan dia. Apa yang didoakan telah pun Allah makbulkan, dan aku sebagai sahabat mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kak Sitty di tempat baru.
Aku tak pandai nak meluahkan sebenarnya, tapi untuk orang yang aku hargai dan sayang sebagai seorang kakak, sedikit video yang aku sendiri hasilkan sebagai lambaian kasih dari seorang adik kepada seorang kakak.
Kak Sitty,
Dalam beberapa bulan ni, saya tak banyak meluahkan kerana tidak terungkap dengan perkataan akan kesedihan saya ini. Tak mampu saya berkata-kata bila didepan kak Sitty, kerana bimbang air mata ini akan terlimpah keluar dahulu sebelum sempat ungkapan itu saya ucapkan. Namun, jauh disudut hati saya mendoakan kebahagiaan kak Sitty di tempat baru di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Terima kasih untuk persahabatan ini, ukhwah ini dan segalanya. Terima kasih atas kenangan indah dan ketulusan hati kak Sitty selama ini. Patah tumbuh hilang berganti, namun takkan sama dengan kak Sitty.
Perpisahan yang amat berat bagiku, tapi insyaAllah aku redha. Kita bertemu dan berpisah kerana lillahitaala insyaAllah. Selamat maju jaya juga pada sahabatku, Emildyana yang juga sudah bertukar ke unit lain.
Love,
Hanim
Baru aku baca nim....rindunya ....
ReplyDelete