Assalamualaikum! Kalau dah tempat tu ramai perempuan lebih dari lelaki, mesti ada je projek mak-mak yang akan dilaksanakan. Asal ada masa terluang, ada geng nak buat, ada bahan dan ringkas pula cara nak buatnya mesti akan ada yang nak join sekali.
Untuk bulan Ramadan ni, kitaorang plan buat onde-onde atau buah melaka. Actually bukan aku la yang plan sekali, tapi diaorang la plan aku just bayar dan join sekali nak buat. Dapat juga sorang bawa balik sikit bekalan onde-onde untuk berbuka puasa.
Bahannya mudah dan senang nak buat. Uli tepung dan gentel sekali dengan gula melaka yang dipotong kecil. Kitaorang buat waktu rehat, so dalam masa 2 jam tu memang boleh habiskan semua. Eh seronok la bila ramai-ramai macam ni. Sambil menggentel tu, kita boleh berborak dan buat lawak.
Disebabkan ini akan jadi kenangan aku untuk 20 tahun lagi perkhidmatan, elokla dibuat video untuk tatapan dihari tua hehehehehe.
Love,
Hanim
wah bestnya..:)
ReplyDeletebest jugak cik nor. Tak sabar nak buat next projek hehe
Deleteresepi kak hanim. hikss
ReplyDeleteresepi biasa-biasa je mimin. Akak tukang gentel je haha
DeleteBestnya...Suasana macam ni paling best sambil membawang..hihihi, Office saya ramai lelaki idak dapatlah buat macam ni....
ReplyDeletekalau ada geng membawang memang onzzzz je hahaha
DeleteSeronoknya.. ada juga hasilnya..
ReplyDelete