Assalamualaikum! Cerita minggu lepas, lebih tepat lagi penghujung April. Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tapi akhirnya terjadi pada pagi tu.
Pagi Jumaat, kami keluar rumah lebih awal dari biasa. Pukul 6.30am pagi dah start enjin dan mula bergerak. Sampai di laluan keluar dari parking, dalam gelap Subuh yang samar itu tetiba nampak kelibat kereta tertonggeng sikit. Rupa-rupanya tayar depan sebelah kanan kereta tu dah masuk ke longkang!
Assudoh! pemilik kereta entah kemana. Kami cuba melihat-lihat sekitar kot ada orangnya menunggu bantuan, tapi tiada kelihatan. Jam dah 15 minit berlalu, ada gak yang pergi sekolah dan masuk opis lambat ni kang.
Jemu menunggu, kami ambil keputusan untuk pergi minum dulu hehe. Dari menunggu disitu sambil diserang nyamuk baik kami isi perut dulu. Pemilik kereta masih tak nampak batang hidungnya!
Balik dari warung, kami singgah ke tempat kejadian. Kelihatan ada beberapa orang pakcik yang sedang melihat-lihat kereta yang terperangkap dalam longkang tu. Dipendekkan cerita, pakcik-pakcik tu dan cik abg la yang tolong alihkan kereta tu. Buat sorang memang tak jadi, kena ada apa? KERJASAMA!
Syukur alhamdulillah, bergerak jugak kereta tu. Pemiliknya sampai ke sudah tak nampak batang hidung! Bertuah punya perangai! Sudahla itu satu-satunya laluan keluar masuk untuk kenderaan yang parking atas padang.
Natijahnya, kakak dan adik lambat ke sekolah. Tapi mujurlah sebelum tu dah bagi mesej pada cikgu diaorg tentang kejadian tu. Ibu pula masih sempat sampai ke opis tanpa kerisauan, sebab waktu masuk dah fleksibel kan hehe.
Gitulah citernye. Sikit lagi kami nak naik Grab je aritu. Ujian ni nampak 'ringan' pada pandangan mata kan. Tapi kesabaran yang diperlukan sangat besar ketika itu. Selain sabar, doa juga perlu. Masa kami kat warung, ada sekor kucing dok melingkar kat kaki kami. Kami belai, kami usap sambil tu cakap ngan dia, cinggg ko doakan kerete tu cepat keluar ye cing. Doa ko kan mustajab cing, ko doakan la ye.
Mungkin asbab dari doa itu, Allah permudahkan. Wallahualam. Kita tak tahu kan, tapi itulah kekuatan doa dan kesabaran.
Sempena bulan Ramadan yang indah dan mulia ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan ahlan wasahlan ya Ramadan kepada semua, moga kita dapat melaksanakan perintahNya dengan taat dan sempurna ... insyaAllah.
Marhaban Ya Ramadan,
Hanim
Betul tu...Dia saja nak test kekuatan iman kita tu..... Selamat berpuasa hanim..
ReplyDelete