Breaking

Friday, June 14, 2019

Aidilfitri satukan kami


Assalamualaikum! Hari raya selain berkumpul anak beranak, kunjungan sedara mara ke rumah juga memeriahkan sambutan aidilfitri. Namun, dalam kegembiraan menyambut lebaran, kami terima berita sedih pemergian bapa sedara, iaitu adik abah sehari sebelum raya.

Al fatihah buat bapa sedara, Idris Bin Ahad atau lebih dikenali dengan panggil Pakcik Zali. Tahun ni je dua orang adik abah kembali ke rahmatullah. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmatNya.




Namun, aidilfitri tetap disambut dan sedara yang datang tetap diraikan memandangkan abah dan mak yang paling tua dalam keluarga. Di rumah kampung inilah tempat kami berkumpul berjumpa dengan sedara mara lain yang datang dari jauh mahupun dekat.

Aku pula memang suka melayan tetamu waima budak sekali pun. Sebab tu aku bersemangat nak tolong mak masak bila tahu sedara mara nak datang. 


Bolah Rombau

Sepupu bolah Rombau

Anak-anak buah dan cucu-cucu abah belah Melaka



Sepupu belah Melaka

Tadi ada 'kumbang', sekarang semua 'bunga' je haha


Gambar kat atas ni jelas menunjukkan bukan aku sorang je ada baka tinggi dalam keluarga. Dan aku tak tinggi seperti yang korang sangka. Ada yang lebih tinggi dari aku sebenarnya hehe. Itulah sepupuku, Fariza (kanan sekali). Sesuailah kan, dia pun pramugari.


Beraya rumah mak lang


Mak lang adalah adik abah yang paling mesra alam. Lembut baik orangnya, elok teratur percakapannya. Sangat menghormati dan sayang abangnya (abah). Walaupun berjumpa setahun sekali, tapi ramahnya tetap sama setiap tahun. 

Terima kasih pada sedara dan tetamu yang bertandang, memeriahkan sambutan lebaran. Moga ukhwah kita tetap berkekalan dan berpanjangan sehingga hujung nyawa aaminnn.

Love,
Hanim

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.