Assalamualaikum! Dah masuk bulan Zulkaedah bulan Julai. Moga perancangan kita semua untuk bulan ini dan akan datang dipermudahkan olehNya. Apapun, kita kerja macam biasa, hidup macam biasa, makan macam biasa, tido macam biasa ye hehe.
Sapa sini suka minum nescafe? I'm a tea person actually. Aku tak suka nescafe. Tak suka tu bukanlah tak boleh minum langsung, tapi nescafe bukan my type of drink kata omputih hehe. Kalau orang dah hidang dalam cawan tu aku minum juga sikit tanda hormat. Tapi kalau gi kedai, pilihan utama aku ialah teh tarik.
Kalau aku suka teh tarik, cik abg aku pulak sukkkkkkka benor ke nescafe! So dia memang tahu benor la kalau harga setin nescafe tu turun atau naik haha. Kalau murah dia repeat beli lagi tempat yang sama. Kalau mahal tak masuk akal, dia bising la :p
Hari ni trak nescafe datang office. Macam aku cakap tadi, aku ni bukan suka nau minum nescafe. Tapiiiiiii aku bagi pengecualian kalau trak nescafe ni datang! Sebab apa? sebab nescafe yang ini aku boleh minum! Yang bancuh tak suka, yang 3 in 1 tak suka, yang dalam tin tak suka jugak. Mengada aku ni kan haha.
Aku tak tahu la orang lain, tapi bagi aku nescafe kalau datang dari trak ni memang sedap dan boleh diterima tekak aku. Dapat secawan pun kira ok dah. Tapi kalau dapat tapau sebotol penuh, lagi cik abg aku suka. Tapi krew nescafe tu kata sorang dapat secawan je. Bajet kekdahnya hehe.
So, secawan je la lepas untuk aku hehe.
Alhamdulillah ...
Teh tarik lover,
Hanim
Bukan kata nescafe, apa minuman pun kalau datang dari trak macam nie memang conform sedap.. hehehe.. Rasa dia lain sikit dari yang kita bancuh atau 3in1..
ReplyDeletegitu plak ekk, Nim :) ha ha ha ha...
ReplyDeleteaida nescafe lover. hingga terpaksa menahan diri.
teh pun on.
kopi pun on.
but, nescafe no 1 ler.