Breaking

Tuesday, July 23, 2019

Pilihan Sekolah Menengah : MRSM atau SBP atau SMK?


Assalamualaikum! Borang permohonan penempatan sekolah (BPPS) dah keluar pun minggu lepas. Pejam celik pejam celik Hazwani nak masuk sekolah menengah pulak ye. Mula la ibu ni nak hiba, sebak, sedih ni. Anak yang ditatang selama 12 tahun dalam sedikit masa lagi bakal melangkah ke fasa baru alam sekolah menengah.

Agaknya kebanyakan mak-mak pun macam ni kot ha. Perasaan tu bercampur-baur. Kita dok kata dia kecik lagi, tapi sebenarnya dah besar panjang! Esok masuk sekolah menengah, besok lagi masuk universiti, besok lagi dah keje, besok lagi dah kawen huhu.





Walaupun dalam kepala ibu dah ada beberapa sekolah yang sesuai untuk kakak, tapi semuanya bergantung kepada keputusan UPSR kakak nanti. Ibubapa mana yang tak nak terbaik untuk anak mereka kan. Kalau dapat MRSM atau SBP itu adalah rezeki kakak dari Allah atas usaha, doa dan tawakal.

Nanti dah masuk sekolah menengah, pe'el lain pula nak kena hadap ni hehe. Jangan macam-macam ye kakak, belajar rajin-rajin tau. Awak akan dapat lebih ramai kawan-kawan baru dan guru-guru baru. Mudah-mudahan semua dipermudahkan untuk anak-anak ibu aaminn...


Alumni SMK Convent Jalan Peel & SMK Aminuddin Baki KL,
Ibu

2 comments:

  1. Samalah dgn anak CH ni hanim..
    Skrg daftar online jer, pilih sekolah mana nak Kan...

    ReplyDelete
  2. aida memang awal2 dah inform anak2 - smk / smka je, Nim.
    dekat. mudah nak urus.
    aida dulu sbp. tau dah camne hidup situ.
    memang bagus dr segi belajar lah kan.
    but, aida x sanggup berpisah jauh dgn diorang.
    aida boleh buat rumah ni jadi sbp or mrsm :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.