Breaking

Friday, August 23, 2019

I love my job


Assalamualaikum! Dah 2 minggu aku tak bersiaran, apo kabo semua? Harap semuanya sihat mehat ye. Dah masuk bulan Ogos dah kita ye. Aku satu kursus pun tak pergi lagi ni. Acaner nak capai KPI 7 hari berkursus macam ni? hehe.

Aku jarangggg sangat nak bercerita pasal kerja. Tapi meh la kita sembang pasal kerja sikit ok. Sikitttt je!

Sebenarnya, aku tak pernah jangka yang aku akan bekerja dalam bidang ini. Malah tak pernah ada dalam checklist aku sebagai pekerjaan yang diidamkan sejak dibangku sekolah. Nak jadi cikgu, doktor, peguam tu ada la. Tapi bukan sebagai pemerhati cuaca a.k.a meteorologi.




Namun, tak dinafikan aku 'jatuh cinta' bila diperkenalkan dengan pelajaran coding cuaca dan teknikalnya. Kalau aku nak terangkan kat sini pun panjang lebar. Cukuplah sekadar aku bagitau, yang bidang ini sangat khusus dan kena belajar banyak kod dan simbol sebelum ditauliahkan sebagai pemerhati cuaca.

Itu yang aku belajar dalam kelas 14 tahun dulu la. Kemudian aku bertugas di Kuantan masa tu, merasa la aku bertugas di bahagian forecast, upper-air dan akhirnya stesen. Rugi giler takda gambar masa tu huhu. Kalau ada pun dalam phone lama, phone pun dah rosak huhu.

Bidang meteorologi ni bukan terlingkung dalam pemerhatian dan lapor cuaca je. Tapi ada banyak lagi bahagian atau skop kerja lain yang tak habis lagi aku teroka. 

Pendek kata, aku bersyukur aku dapat berkhidmat dalam bidang ini. Walaupun pada mulanya pening kepala belajar segala kod dan simbol cuaca ni. Tapi lama-kelamaan jadi best pula! Ye la, benda baru kan. Seronokla belajar.

So, itu je la aku nak cerita hehe. Pada yang ada kerja, tak kisahlah apapun yang korang buat jagalah pekerjaan itu elok-elok. Jaga tu means jangan stres dan rasa tak seronok dengan kerja tersebut. Kadang-kadang bukan kerja tu yang mendatangkan stres, tapi orang di sekeliling kita yang melantunkan negative vibes terhadap kita. 

Kannnnn.

Love,
Hanim

2 comments:

  1. Wahhh... Baru tahu job hakiki Hanim as Meterologi... Memang tak ramai ambil bidang ni. Syabas dan Tahniah... You deserve it

    ReplyDelete
  2. seronok bekeje tanda kita syg kerjaya kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.