Assalamualaikum! Makin kakak nak dekat UPSR ni, makin ibu gementar! Alhamdulillah kakak dah ada peningkatan dalam pencapaian akademik. Tapi depan kakak ibu berlagak cool, wat lek wat pis je hehehe.
Meskipun ibu ni bekerja, tapi pelajaran kakak dan adik ibu kena hadap juga. Tak boleh 'lepas tangan' biarkan kakak dan adik belajar sendiri walaupun ibu tahu korang boleh buat sendiri. Kalau boleh setiap fasa kakak dan adik, ibu nak turut serta sekali. Sebab itu, ibu akan tolong juga walau macam mana sibuk sekali pun!
Lebih-lebih lagi sekarang, kakak sangat memerlukan ibu. Kalau ada soalan yang memerlukan ibu tolong kakak, ibu kena bersedia untuk menjawabnya. Setiap kertas subjek exam yang kakak bawa balik kakak akan minta ibu semak semula. Terutama subjek Matematik dan English la. So, sambil ibu tunggu bas nak pergi kerja pun ibu akan ambil masa untuk semak.
Setiap ibubapa ada target untuk anak masing-masing kan. Target ibu cuma nak kakak tenang ketika menjawab soalan. Ibunya gabra takpa, anak jangan hehe. Moga kakak dipermudahkan segalanya ye kakak. Ibu love you so much! Moga kamu beroleh kejayaan..aaaminnn!
Love,
Ibu
No comments:
Post a Comment