Assalamualaikum! Hari ini FB bawa keluar gambar dua tahun lepas. Dua tahun lepas, setiap kali tiba hari Sabtu & Ahad kami sekeluarga akan 'berkampung' di tapak-tapak CBS.
Walaupun pada ketika itu, banyak dugaan, ujian dan cabaran yang kami kena tempuhi namun dalam pada yang sama banyak juga kenangan indah dan manis yang buat kami kuat dan boleh survive dalam dunia CBS bertahun-tahun.
Dan kini, walaupun kami dah 'pencen' dari meniaga CBS tapi kerinduan tu akan menerpa setiap kali tengok gambar-gambar CBS kami yang lepas. Contohnya, macam dalam gambar ni ketika kali pertama kami join CBS Wangsa Walk.
Anak-anak pun kami angkut sekali masa ni. Lepas habis kat Wangsa Walk dalam pukul 11pm, kami memecut terus ke Kota Damansara untuk join CBS kat sana pulak pada pagi Ahad keesokannya. Dalam kereta lah tempat kami sekeluarga beradu. Mengenangkan betapa payahnya masa tu, dengan anak-anak nak sekolah lagi tapi alhamdulillah diaorang sangat memahami dan tak pernah merungut penat pun.
Bak kata orang, dalam satu gambar ada seribu cerita. Cerita selebihnya kenalah terjah entri asal, baru tahu apa yang terjadi pada kami dalam gambar kenangan dua tahun lepas hehe.
CBS tetap dihati,
Hanim
wahh bestnyeee pengalaman berharga tu..
ReplyDeleteberhujan berpanas cari rezeki..
bkn sume org dpt rs pengalaman mcm ni..
sy dulu kengkonon nk try jgk car boot sale last2 ke laut.. haha
hehe nak mulakan tu memang kena kuatkan semangat, tapi once dah masuk sekali mesti seronok dan nak repeat lagi :)
DeleteTeringat pulak CBS kat Dataran Centrio tapi dah tutup pun dah jadi history bak kata omputeh huk! huk!
ReplyDeleteDataran Centrio? baru dengar tu. Tapi kalau dapat CBS yang happening dan meriah memang seronok kita nak join kan :)
Delete