Breaking

Monday, September 16, 2019

Selepas sebiji karipap dan dua biji seri muka...


Assalamualaikum! Langkah 'kanan' aku hari ni sebab kebetulan HQ ada buat seminar AKRAB dan ujian saringan kesihatan untuk semua staf. Aku pun dah lama tak buat ujian darah, nak tahu juga berapa bacaan gula aku kali ni.

Lagi satu, sejak dua menjak ni diri ini terasa bagai dipam-pam dengan rakusnya haha. Maksudnya aku perasan berat makin bertambah! Sedih bila tengok 'kepingan-kepingan' lelemak disana sini. Cuma dari luar tak nampak kehodohan itu huhu. Apa boleh buat, dah lama tak ke taman berjogging. Nak kata menambah makan tak juga, kadang-kadang takda makanan pun nak makan haha.

So, aku ambil la peluang ni untuk cek balik tahap kesihatan aku.



Sebenarnya, meja belakang kat belakang tu untuk buat ujian personaliti diri. Tapi aku tak berminat haha. So aku buat ujian saringan kesihatan je. Ukur tinggi ... masih sama. Tapi bila timbang berat...Allahuakbar! Ape teruk sangat naik ni?!! Malu aku nak amik gambar letak sini haha. 

Paling berat masa aku mengandungkan Mira dulu, naik sampai 70kg. Tapi yang ni tak mengandung pun dah lebih dari 70???! Faham sendiri la tinggi tak tinggi naiknya tu huhu. Patutla badan terasa berat betul huwaaaa!




Paling penting buat ujian darah untuk tahu paras gula dalam darah. Pagi tu aku makan sebiji karipap dan dua biji kuih seri muka hehe. Turun bawah buat ujian ni terus jadi 6.8mmol/L. Staf tu cakap jangan lebih dari 7.0 dah la. Aku pun satu ... lepas 10 minit aku makan terus turun buat ujian hehe. Lenkali tunggu dalam setengah jam ke baru buat.

Tekanan darah aku alhamdulillah baik. Overall, semua bacaan baik cuma aku memang tak puas hati dengan timbangan berat badan aku kali ni. Tak nak salahkan penimbang tu sebab aku tau memang salah aku, dan memang aku perasan memang badan ni dah 'mengembang'. 

Takpa, nanti kita pergi jogging la ye. Doakan ye hehe.


Love,
Hanim

1 comment:

  1. alhamdulillah..
    walaupon berat naik tp masih sihat2 je..
    jom joging! jom turunkan berat badan same2! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.