Breaking

Thursday, October 24, 2019

Bolehkah Orang Awam Dapatkan Rawatan Di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT)?


Assalamualaikum! Hari tu borak-borak dengan kawan pasal hospital. Memang semua tau ada beberapa hospital besar dalam bandaraya Kuala Lumpur ni. Antaranya, Hospital Kuala Lumur (HKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Ampang dimana orang awam boleh dapatkan rawatan.

Tapi mungkin juga ramai yang tak tahu ada satu lagi hospital kat Kuala Lumpur ni yang juga menerima pesakit dari kalangan orang biasa. Tahu ke tak tahu ni? Haaa tengok tajuk pun tahu dah hospital apa tu kan hehe.  



Rupanya ada juga yang tak tahu HAT juga menerima pesakit luar, tak semestinya khusus untuk anggota tentera dan ahli keluarga sahaja. Tapi masa tu HAT ni masih baru dibina, dan lokasinya pula terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju dalam kawasan perumahan, nama pun 'angkatan tentera', jadi orang biasa ingat hanya untuk anggota tentera dan keluarga je la boleh masuk situ.


Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT) Juga Untuk Orang Awam



Sebenarnya, aku pun baru tahu HAT ni orang awam boleh masuk. Itu pun sebab kami pernah dapatkan rawatan untuk anak yang sulung, Hazwani akibat demam panas pada tahun 2014. Masa tu suhu badan Hazwani hampir mencecah 39 darjah, dan hospital yang paling dekat ialah HAT. 

Tak sangka kawasan HAT ni sangat luas dan selesa. Parking kereta banyak kosong! 





Masa ni Hazwani darjah satu. Masa dia demam ni datang sekali ngan pakej sakit kepala. Terpaksa doktor tahan dia dalam bilik rawatan. Kami menunggu pun tak lama, sebab tak ramai orang. Tapi ada juga kelihatan warga emas yang datang mendapatkan rawatan. Doktor dan jururawat pun dari kalangan anggota tentera. Tampak kemas dan bersungguh melayan pesakit.

Selalunya kalau pergi hospital, sesak dengan pelawat dan pesakit! Tapi kat sini tenang, senyap, selesa dan teratur. Mungkin sebab orang luar tak tahu pasal HAT masa ni hehe. 




So tahun 2014 itulah kali pertama pengalaman kami di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT). Dan itulah hospital yang paling tenteram pernah aku masuk! Tak pasti la sekarang macam mana. Korang pernah masuk?




Love,
Hanim

4 comments:

  1. tengok nama hospital ingt untuk askar je..
    tu psl la kot org2 awam xtau.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann tp skrg dah tahu mungkin boleh membantu :)

      Delete
  2. Fiza pun ingat macam tu juga. rupanya boleh ye untuk orang awam. Tq share kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.