Breaking

Thursday, October 03, 2019

Kek Hari Lahir Yang Tertangguh


Asslamualaikum! Seperti yang ibu janjikan enam bulan yang lepas haha bahawa kakak dan adik akan dapat kek yang diidamkan akhirnya pada bulan September termakbul jua! Hadiahnya dah dapat pada tarikh lahir diaorang, cuma keknya tak dapat masa tu.

So, ibu tangguh dulu keknya tapi ibu janji kek akan tetap ada! Kesukaan mereka kek batik, tapi ibu 'segan' nak buat so ibu tempah aje la kat Facebook. Syukur dapat penjual yang boleh siapkan dalam masa dua hari.



Selagi ibu tak dapat bagi birthday cake diaorang ni, selagi tu ibu tak tenang. So ibu cakap gaji aku bulan ni mesti beli kek anak ok! Cari punya cari dapatla penjual kek yang dekat dengan opis dan boleh cod terus ke opis.

Ibu tempah kek batik indulgence untuk kakak dan adik. Memandangkan tarikh lahir diaorang ni sama, maka satu kek je la terus yek! Kakak dan adik pun bukan boleh makan kek banyak-banyak .... muak katanya huhu. Syukur alhamdulillah hehehe.

Kek batik indulgence ni ada tiga lapis, yang tengah tu cream cheese dan lapisan atas sekali coklat ganache. Puas giler makan!




Again, Happy Belated Birthday to my both precious pearls! Moga awak berdua membesar bagai juara dan menjadi anak-anak yang solehah. Sorry kek lambat sampai hehe. Apapun tamatlah sudah pencarian birthday cake untuk kakak dan adik tahun ini. Tahun depan tak tahula kek apa pulak diaorang nak huhu.




Love,
Ibu

3 comments:

  1. Sedapnya kek batik dia.. puas makan..

    ReplyDelete
  2. sedaknyooooo happy besday wani dan mira,moga menjadi anak2 solehah senangkan ibu ayah,berbakti pada agama bangsa dan negara ye...

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday adik kakak. semoga membesar menjadi anak yang solehah..aminn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.