Assalamualaikum! Tertinggal keretapi sungguh ibu ni ye. Bab-bab minuman viral ni memang lah ibu lambat nak amik tahu, walaupun anak sendiri dah banyak kali telan air ni hehe. Sekarang ni kan tengah viral minuman boba bagai ni. Hat yang harga RM7-RM10 tu la yang orang sanggup beratur pergi beli semata-mata nak merasa bubble dalam minuman boba.
Ibu yang bekerja makan gaji ni pun tak telio nak membeli, tapiiiii geram jugak my sulung tu asyik dia je yang dapat minum haha. Mengalahkan orang bekerja!
Ok la... ibu try beli minum sekali. Kita pergi tempat favorite kakak iaitu Tealive. Dia memang dah jatuh cinta dengan Tealive tu!
Kakak order Bang Bang Milk Tea untuk ibu. Bagi yang suka teh ok la tapi macam adik, sekali dua je dia sedut lepas tu tak nak dah hehe. Kakak kalau setakat teh dia bedal aje hehe. Ibu pulak rasa ok la walaupun manisnya terlebih dari yang sepatutnya, tapiiiii puas la ngunyah bubble dia tu! Terlebih puas sebab banyak sungguh bubble dalam satu cawan dia bagi!
Jenuh gak nak perabih air ni sorang-sorang huhu. Tapi puas hati dengan harga dan air dia banyak tu. Ok la not bad, tapi tak boleh la minum selalu air ni. Kalau diamalkan nescaya boleh potong kaki gamaknya!
Love,
Ibu
wah.. nama dia.. kemain..
ReplyDeleteBelum cuba lagi tealive bang bang milk tea ni. nanti nak trylah jugak
ReplyDelete