Breaking

Monday, October 07, 2019

Semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSB) Untuk Kemasukan Ke SBP 2020


Assalamualaikum! Bagi ibubapa yang telah buat permohonan masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada bulan September lepas, bulan inilah yang dinantikan-nantikan sebab semakan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSB) telah pun diumumkan pada 4hb Oktober lalu.

Ibubapa bolehlah membuat semakan keputusan bagi menentukan Pusat Ujian mana yang perlu dihadiri oleh anak masing-masing bagi menduduki UKSBP.





Hanya perlu isikan Angka Giliran anak dan klik untuk semak. Angka Giliran ni ialah angka giliran yang diperolehi ketika anak-anak kita menduduki peperiksaan UPSR lepas. 

Sila ambil maklum akan tarikh ujian tersebut dan pastikan tiga (3) perkara ini diikuti oleh calon:
  1. Sila cetak dan bawa bersama slip ini beserta MyKad/MyKid untuk urusan pendaftaran ujian
  2. Calon dikehendaki mendaftar 45 minit sebelum sesi ujian bermula
  3. Calon boleh menggunakan slip ini sebagai pemakluman menghadiri ujian.

Untuk semakan UKSBP, ibubapa boleh semak di :


Ibu pun dah semak untuk anak ibu, alhamdulillah kakak perlu menghadiri UKSBP tersebut pada 15hb Oktober ini. Ujian Kemasukan SBP adalah penentu samada calon tersebut layak untuk masuk SBP atau tidak, disamping mengambil kira keputusan UPSR dan aktif kokurikulum.

Ujian Kemasukan SBP ini juga tidak hanya meliputi soalan akademik semata-mata, tapi calon juga perlu menjawab soalan berkaitan isu semasa, situasi dan logikal.




Ibu doakan semuanya dipermudahkan untuk Nurul Hazwani nanti ye. All the best juga pada semua calon yang bakal menduduki UKSBP bulan ini. Jangan lupa bawa slip dan MyKad/MyKad anak ye.


Love,
Ibu

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.