Assalamualaikum! Dari zaman muda dia dah berkelana mencari rezeki. Walau sekolah hanya setakat darjah enam, tapi dengan kudrat tulang empat kerat itulah dia menyara seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.
Hidup di bandar pada zaman tu bukanlah senang. Dengan hanya dia seorang bekerja pada masa tu dan anak-anak yang masih kecil, kami hanya mampu berteduh dibawah bumbung rumah setinggan. Tak banyak yang aku dapat ingat tentang kehidupan dirumah setinggan sebab masa tu aku masih kecil. Tapi yang aku ingat, walaupun rumah kami rumah setinggan tapi sangat kemas sangat cantik dengan pokok bunga gantung dihadapan beranda rumah dan tepi tangga. Aku masih ingat abah belikan basikal pertamaku basikal BMX berwarna merah lepas tengok aku terkial-kial menolak basikal kawan dari belakang. Walaupun kami serba kekurangan masa tu tapi abah tak sampai hati tengok anak hanya mampu menolak basikal kawan dari belakang.
Banyak lagi kenangan dan jasa abah kalau nak diceritakan disini. Buat aku sebak dan bergenang air mata. Takda orang lain mampu jadi seperti abah. Walaupun dia tak pandai menunjukkan kasih sayang, tak pandai bergurau dengan anak2 tapi setiap tanggungjawab dan apa kemahuan kami sedaya upaya dia akan tunaikan walaupun diusianya sekarang. Sebab tu aku tak boleh terima kalau anak2 abaikan abah dan mak ketika mereka sudah tidak berdaya lagi mencari rezeki sendiri. Aku nekad aku tekad akan ku serahkan tenaga, wang dan perhatianku pada mereka selagi hayat dikandung badan.
Buat abah, sanah helwah abah moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang murah, hidup dalam lindungan dan rahmatNya serta diberkati dunia dan akhirat. Anim tak mampu nak mewahkan abah, tapi doa Anim untuk abah dan mak tak pernah putus. Terima kasih abah untuk doa, kasih sayang berpanjangan, perhatian, teguran dan bebelan yang tidak lain hanyalah ingin yang terbaik untuk anak-anak abah. Walaupun kita sama-sama lahir dalam bulan November, tapi tak pernah sependapat dalam isu politik, so selalunya akan berdebat pasal tu la hahahaha.
But nevertheless, we love you so very much atok! Happy 69th Birthday abah...
Love,
anakmu
Love,
anakmu
happy birthday utk abah! =)
ReplyDeleteSanah helwah buat abah sis..
ReplyDelete