Breaking

Tuesday, December 17, 2019

Pantai Klebang 2.0


Assalamualaikum! Masuk ni baru dua kali kami datang ke Pantai Klebang. Kesian kan? haha. First time datang kami lepak kat port lain. Tak banyak aktiviti kami buat masa tu, hanya main air tepi pantai je. Tapi port yang kami pergi kali ni best juga aktivitinya. 

Port yang depan sekali ni dekat dengan Food Truck, so senang la nak order makanan ke ape. Bukan makanan je, barang mainan pun sempat dirembat dua orang budak bertuah tu! 

Port depan ni rupanya ada kandang arnab tau! Adehh kami baru tau haha, apa lagi ke sana dulu kami tuju. Comelnya la arnab-arnab ni, kita hulur je lobak merah terus dingapnya! Satu cawan dijual cuma RM1, kira puas la kita bagi makan kat geng arnab tu. Tapi arnab-arnab tu je yang tak pernah kenal erti lapar. Dah habis tiga cawan pun diaorang datang dekat nak lagi haha.






Dekat enam cawan juga kami 'jamu' arnab-arnab ni, tapi diaorang masih lapar lagi hehe. Bulunya lembut dan comellll sangat! Bukan ada arnab je kat sini, ada juga guinea pig (atau hamster?) juga. Sama cutenya!






Dah puas main arnab, si kecil bertuah tu nak main pasir pulakkkk. Beli pulak mainan kat situ. Kakak yang dah nak masuk umur remaja pun kena jadi kanak-kanak balik sebab nak layankan adik tu hehehe. Takpela, bukan selalu pun korang main pasir pantai kan. Main la...




Ingat dah puas main ngan arnab, main pasir boleh balik ke? Eh takkkkk....ado layi diaorang nak main! Kami main layang-layang pulakkkkk! haha. 'Terbang' sepuluh ringgit beli layang-layang lima ringgit setiap satu. 

Cuaca tepi pantai elok panas dan berangin kuat, jadi seronok juga main layang-layang kan. Apo layi, demi anak-anak...daku layankan jua dua anak bertuah tu! Hilang terus imej seorang mak, timbul imej sorang budak remaja purba main layang-layang tengah pantai. Mujur time tu tak ramai orang sangat! Kami bantai gelak sakan! :p




Terer kan kami main layang-layang? hahaha. Atok ngan Wan tersengih-sengih tengok kami dari jauh. Ape la dari anak sampai ke cucu tak reti main layang-layang haha. Yang penting anak-anak happy! Ibunya pun dah lama tak enjoy macam ni kat tepi pantai. 

Dah puas main layang-layang, baaaaru Atok ngan Wan panggil balik hehe. Itu pun si kenit tu takmo balik, nak main lagi katanya. Ehhh kita nak gi tempat lain pulak. Next time kalau ada rezeki kita repeat datang lagi k sayang.

Love,

Ibu

2 comments:

  1. lama nyer aida x gi pantai klebang, Nim.
    dekat sgt, tapi jauuuuuhh :)
    kalau weekend, sure trafik heavy area tu.
    tu yg asben x nak gi.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Allahu belum pernah sampai pantai ni 😁

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.