Breaking

Monday, December 30, 2019

Riadah Di Taman Tasik Titiwangsa Baru


Assalamualaikum! Setelah ditutup lebih kurang setahun yang lalu, kini Taman Tasik Titiwangsa berwajah baru dan mula menjadi tumpuan orang ramai. Bertambah seri dengan adanya kolam air yang dibuka untuk kanak-kanak menjadikan Taman Tasik Titiwangsa lebih popular dari mana-mana taman bunga awam di seluruh Malaysia.

Disebabkan taman tasik Titiwangsa masih viral di kalangan rakyat Malaysia, maka macam-macam isu timbul seperti, isu vandalisme dan pembuangan sampah yang menyakitkan mata. Memang geram juga bila baca kat media tentang perbuatan tak bertanggungjawab sesetengah orang, tapi itulah realitinya bila masuk tempat orang takda adab. 

Dan kerana viral itulah, taman tasik Titiwangsa tidak putus-putus menerima kunjungan dari pengunjung tempatan dan luar. 



Minggu lepas kami berkesempatan pergi ke sana beriadah sekeluarga. Ingatkan nak tunggu bila 'keadaan' reda baru nak pergi sebab memang tahu kalau tengah viral mesti sesak taman ni dengan orang ramai tapi dah anak-anak minta gigihkan juga jejak kaki ke sana. Sebenarnya, minggu sebelum tu kami dah cuba pergi tapi terpaksa cancel sebab barisan kereta yang nak masuk ke Taman Tasik Titiwangsa sama panjang dari macam barisan kereta dari Malaysia masuk ke Singapura setiap hari hehe.

Ayahnya kata, ok la minggu depan pagi-pagi kita pergi sana. Tiba hari yang dinanti, pukul 8 lebih kami dah masuk taman tasik nak cari parking. Rupa-rupanya umat manusia tetap penuh! Ingat kan bila public holiday orang tak ramai sebab pagi , rupa-rupanya.... panjang barisan kereta ha.



Parking free memang takda. Nak tak nak kami kena masuk parking berbayar dekat Restoran D'Saji. Takpe la asalkan dapat parking huhu. 

Tempat tumpuan tak lain tak bukan taman air dia la. Penuh budak-budak dan ibubapa kat kawasan ni dari pagi sampai kami nak balik tengahari. Nampak gaya macam anak-anak takda peluang nak mandi manda kat situ. Walaupun tempat dia agak luas, tapi hampir penuh ceruk dengan budak-budak main air hehe.




Bergambar dulu sebab ramai sangat orang. 
Kesian Mira tak bawa cermin mata hitam huhu. 
Kakak relaks senyum 'kambing' hahaha

Hajat Mira nak mandi kat situ sebenarnya. Tapi disebabkan terrrrlampau ramai sangat orang, kita gi cari basikal dulu la. Biasanya, tempat sewa basikal dalam kawasan taman tu jugak. Tapi hari tu pergi, satu taman kami 'tawaf' jalan kaki semata-mata nak cari basikal tapi tak jumpa! Tengok ada je orang berbasikal kat taman tapi kat mana diaorang sewa basikal tu? Adehhhh menjejeh peluh berjalan kaki tau dak!


Dua beranak baju warna sedondon! 
Tema kami : Blackpink (haha)





Mira 'bahagia' sikit sebab dia bawa scooter pergi taman. Scooter tu hadiah dari Wan beli kat kampung aritu. Bila masuk taman, dia kayuh je. Kitaorang la teruk kena jalan kaki memusing dalam taman cari orang sewa basikal haha. Rupanya tempat sewa basikal bukan lagi kat dalam taman, tapi diaorang bukak kat parking kereta sebelum masuk parking D'Saji.




Disebabkan aku dan kakak gigih nak naik basikal keliling taman, kami cari sampai dapat! Ada macam-macam jenis basikal yang boleh disewa disini. Bayaran hanya RM10/sejam. Kalau basikal yang boleh naik dua tiga orang tu mungkin berbeza sikit bayarannya.




Kaki lenguh sebab berjalan kaki tadi, tapi bila nampak basikal hilang lenguh! hehe. Puas kami dua beranak keliling satu taman naik basikal. Kalau tak turun 10kg gak tak tau la nak cakap apa 😝.

Masa ni Mira nak mandi-manda kat taman air, so ayahnya la yang temankan. 








Seronok la budak bertuah dapat main air. Ramai-ramai macam tu pun dia 'berselera' lagi nak mandi. Aku cakap jangan sampai air tu termasuk dalam mulut. Mira siap cakap ada yang bawa sabun mandi kat situ haha. Ya Allah ... aku memang tak boleh main air ramai-ramai macam ni, kecuali kalau kolam besar dan air penuh. 

Bau klorin memang kuat betul. Bila ramai sangat yang mandi main air segala siap bersabun bagai, air pun jadi keruh huhu. Mira je la sorang main air. Aku ngan kakaknya main basikal. 

Kemudahan & Pembaharuan Taman Tasik Titiwangsa

Antara pembaharuan yang boleh dinikmati oleh pengunjung Taman Tasik Titiwangsa ialah :

  • Kolam mandi kanak-kanak atau Children Waterplay Area untuk kanak-kanak berumur 3 sehingga 12 tahun
  • Bilik persalinan untuk bermain di Children Waterplay Area
  • Trek khas untuk penunggang basikal dan trek jogging
  • Tempat sewa basikal tidak lagi berada di dalam kawasan taman tasik, sebaliknya di kawasan tempat letak kereta
  • Kawasan taman permainan yang diberi nafas baru
  • Pancutan air berirama (hujung minggu)
  • Landskap hijau yang memukau dan mempesona
  • Jambatan gantung dengan elemen pencahayaan (waktu malam)
  • Kemudahan papan tanda arah
  • Laman Kerawang berkonsep ukiran dan bunga-bunga cantik
  • Tiada gerai makanan dan minuman dalam kawasan taman tasik




Banyak sebenarnya lagi kemudahan dan pembaharuan yang korang boleh lihat bila berkunjung ke taman tasik ni. Ternyata pembaharuan yang dibuat mendapat sambutan sangat baik dari pengunjung tempatan dan pelancong. Cuma sebagai pengguna janganlah pula kita ambil kesempatan merosakkan dan mencemarkan persekitaran dalam kawasan taman tasik ni. Mentang-mentangla masuk free, habis semua kemudahan dirosakkan atau tidak digunakan dengan cermat. 

Malu la sikit kat orang luar...

Pada yang nak bawa anak-anak mandi di kolam, korang boleh tengok waktu operasi taman air seperti di atas. Ibubapa juga kena awasi anak masing-masing, jangan terlepas pandang sebab memang ramai yang mandi. So kalau nak datang, pastikan masa yang sesuai ye. 

Jangan datang hari Isnin dan Jumaat sebab kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan akan dijalankan. Kalau datang jugak, melopong la...hehehehe.

Ohh ada video sikit untuk korang, enjoy!





Love,

Hanim

4 comments:

  1. Macam menarik je Hanim...tapi orang ramai betul erk..ye la..cuti sekolah x kemana- mana boleh la bawak anak- anak bercuti ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik kak. Bukan budak2 je tapi mak ayah pun suka hehe. Tapi dinasihatkan janganlah bawa anak time cuti sekolah, memang sesak teruk huhu

      Delete
  2. wahh ramai giler org kat tmn tasik titiwangsa ni kann., hehehe

    ReplyDelete
  3. Memang menarik dan harapnya semua pengunjung sama2 jaga kebersihan la kan 😔

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.