Assalamualaikum!
Mira ni kalau buat lawak tak perlu disuruh. Memang dia semulajadi suka melawak. Tapi dalam keluarga kami je la. Luar dia pemalu yakmat!
Kami tiga beranak kalau duduk sekali mesti ada benda nak dibuat. Usik mengusik sampai bergaduh menangis tu dah biasa hehe. Tapi ada juga benda bermanfaat kami buat bersama, contohnya tido haha.
Anyway, satu malam dia tengah cuba tudung baru. Lalu disarung ke kepala dan dia bergaya depan cermin. Macam-macam fesyen dia buat. Kita perhati je dari belakang tengok gelagat dia.
Gaya seorang Mira bila bertudung
1 - 'Ustazah' jadian mencari ilham
2 - Akak gengster senior sekolah
3. Kena marah pun tak lut
4. Lambat bangun, lupa gosok tudung
5. Cilok anak tudung mama
6. Puteri lebam si bujur sireh
4. Lambat bangun, lupa gosok tudung
5. Cilok anak tudung mama
6. Puteri lebam si bujur sireh
Macam-macam stail tudung Mira gayakan. Semua gaya ni idea dari dia sendiri, ibunya tukang amik gambar je hehe. Yang mana satu agaknya gaya anak-anak kita ke sekolah? Ataupun pagi pergi elok, balik dah jadi seperti diatas? hahahahaha!
Apapun budak-budak stail tudung macam mana pun masih nampak comel di mata kita. Tapi kalau tudung mak budak macam dalam gambar agak-agak sanggup keluar rumah tak? hahaha :p
Love,
Ibu
yg no 5 tu nakal betul.. haha
ReplyDeleteapa boleh buat, anak tudung xsama besar ngan kepalanya hehe
Deletewaalaikumussalam. yg nombor 4 dan nombor 5 tu Allahu takleh nak terima lah. hahahaa. gelak kuat bila tengok :D
ReplyDeleteramai je budak-budak macam tu kan hehe
Delete