Breaking

Wednesday, January 08, 2020

KPM Perkenalkan Sistem Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online


Assalamualaikum! Isu kehadiran ke sekolah memang menjadi topik hangat setiap tahun. Dan inisiatif terbaru dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini wajar diberi perhatian oleh ibubapa. Sekarang ibubapa dah tak perlu susah payah bertanya dalam group WhatsApp samada anak mereka ada di sekolah atau hadir ke sekolah atau tidak. 

Kini, ibubapa sendiri boleh menyemak kehadiran anak-anak mereka ke sekolah secara online. Wow! semuanya di hujung jari! 


Cara Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online

Mudah sangat ibubapa nak semak, hanya perlu pergi ke public.moe.gov.my . Sekiranya, ibubapa belum ada kata laluan atau password, maka kenalah DAFTAR MASUK terlebih dahulu ye. 

1. Klik kat button hijau 'DAFTAR MASUK' tu dan isikan butiran diri ibubapa dan bina password baru.

Lepas tu akan keluar notifikasi pendaftaran berjaya, barulah kita pergi semula ke halaman utama dan masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan disitu.



2. Kemudian, ibubapa akan jumpa dua panel seperti di bawah. Terus klik pada panel 'Kehadiran'. Nanti akan keluar senarai nama anak-anak kita yang bersekolah (Contoh 1). 

Klik je pada nama anak untuk lihat kehadiran. Paparan akan keluar seperti di gambar (Contoh 2). Kat situ ibubapa boleh tahu nama sekolah, kelas dan nama guru kelas. 

Terus klik pada 'Laporan Kedatangan'(Contoh 2).


Contoh 1

Contoh 2


3. Ibubapa boleh lihat seperti gambar di bawah (Contoh 3), paparan laporan kehadiran anak ke sekolah setiap hari. Lengkap dengan kalendar kehadiran, peratus kehadiran, petunjuk berwarna bagi makluman cuti dan ibubapa boleh pilih bulan untuk semak.

So guru kelas akan mengemaskini rekod kehadiran murid setiap hari, dan ibubapa boleh semak sendiri di sini. Ada juga rekod yang belum lagi dikemaskini seperti di gambar (Contoh 4). Barangkali guru kelas Mira belum berkesempatan memasukkan kehadiran dalam sistem online.


Contoh 3

Contoh 4


Selain itu, ibubapa juga boleh mendapatkan laporan kehadiran anak untuk tempoh 1 tahun sekali gus. Hanya perlu klik pada 'Rumusan Kehadiran' dan paparan seperti di bawah (Contoh 5) akan keluar.  

Contoh 5


Kalau nak tengok laporan kehadiran setiap bulan, boleh tengok seperti di atas. Untuk bulan pertama ni, takda benda sangat. Nak tengok cantik ke tidak kehadiran anak kita boleh tengok lagi 6 bulan. Disitu kita tahu tahap kerajinan anak kita hadir ke sekolah hehe.

Tapi sebenarnya, anak tak datang sekolah bukan seratus peratus disebabkan oleh dia ponteng sendiri. Kadang-kadang ibubapa lah yang 'memontengkan' anak. 

So, dengan adanya sistem semakan online ini, ibubapa pun mungkin akan fikir dua kali untuk pontengkan anak mereka huhu.



Love,

Hanim

2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.