Assalamualaikum! Minggu lepas adalah minggu tak sihat sekeluarga. Bermula Khamis petang Jumaat, Mira dah start dedor dari rumah pengasuh lagi. Ayahnya citer, sampai je kat umah pengasuh terus Mira berlari peluk dan menangis sebab tak sihat. Minah bertuah tu kalau sakit sikit mula la jadi hati tisu.
Klinik KK tutup lebih kurang pukul 9 malam. Kami sampai dalam pukul 8 lebih, tapi sayang klinik dah ditutup. Terpaksa ayahnya beli ubat demam, batuk dan selsema dulu di farmasi. Malam tu elok sikit demamnya tapi badan masih lemah-lemah. Dah la sekarang ni tengah kecoh pasal wabak Influenza A, ditambah pula dengan ramai kawan-kawan sekolah Mira yang turut MC sebab demam, ibu pun naik takut juga.
Esok pagi-pagi kami bawa Mira gi klinik. Disebabkan tiada simptom lain seperti cirit-birit, muntah-muntah, sakit sendi, maka Mira negatif Influenza A. Dia hanya dirujuk pada MA bertugas dan dapat la MC dua hari. Melepet je Mira dari Jumaat sampai pagi Ahad. Mira ni sejenis yang susah nak makan kalau tak sihat. Takda selera katanya. Ye la, tapi kena makan juga sikit sebab nak makan ubat. Jenuh jugak nak suruh dia makan walaupun itu makanan kesukaan dia.
Tapi bila ibu cakap, kalau tiga hari demam tak baik juga doktor nak ambil darah Mira kat sini (tunjuk lengan) baru dia cergas bangun makan hehehehe. Pagi Ahad tu baru la dia sihat sikit, dah boleh dengar suara dia satu rumah huhu.
Hari Ahad giliran kakak dan ibu pulak. Pagi tu badan dia pulak dedor. Maka, melepet jugaklah si kakak bertuah tu. Mujur dia tak kena selsema, hanya demam dan batuk. So, makan je la Panadol dan ubat batuk adik punya. Ibu dapat pakej tiga serangkai, batuk, selsema dan demam. Lagi teruk melepet dari anak-anak haha. Mengalahkan budak-budak dia punya tak larat tu. Bersin setiap dua minit, tekak perit, kepala sakit.
Last-last ibu telan Panadol dan makan ubat selsema yang ayah beli kat farmasi. Dari pagi sampai ke malam ibu terbaring kelesuan di atas tilam. Pukul 3 pagi mintak Pandol ngan kakak sebab kebetulan dia terjaga nak minum air dan masih demam sikit hehe. Bangun subuh baru rasa ok sikit.
Anak-anak ngan ibu dah lepas, ayahnya ada tanda-tanda nak demam jugak tu tapi harapnya biarlah sihat ye.
Love,
Ibu
Semoga cepat sembuh Mira :")
ReplyDeletewaalaikumussalam. semoga Mira cepat sembuh seperti sediakala. aamiin :)
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh. Musim virus ni kena extra careful
ReplyDelete