Breaking

Tuesday, February 25, 2020

Isu ustazah merangkak dalam kelas


Assalamualaikum! lama daku 'berpuasa' di blog ni. Rasanya bulan ni paling sikit aku bercerita. Banyak benda yang terjadi disekeliling aku. Tapi nantilah aku cerita kalau mood tu datang hehe.

Dalam banyak-banyak isu panas yang viral dalam bulan ni, isu maknyah gi umrah, isu Covid-19, isu tiada adab ketika ziarah kerana kematian, isu faraid, isu politik dan isu nikah 1 free 1 (mahram), isu ustazah merangkak ni yang buat aku terpanggil nak berkongsi disini. Pasal cikgu ni aku memang sensitif sikit bukan sebab aku ni cikgu. Dalam family aku pun takda cikgu. Tapi lebih kepada sebab cikgu adalah seorang insan yang kita diajar wajib hormat dan sayang sejak dari alam persekolahan lagi. 

Apa kes?? Bukan tak pernah isu mak bapak datang 'serang' sekolah sebelum ni. Cikgu kena maki hamun sebab anak didenda tu 
dari dulu lagi dah ada. Tapi kes ustazah disuruh merangkak dalam kelas disaksikan oleh murid-murid lain, dan ibu itu merakamkan perlakuan tersebut...apekejadahnya ni???


Apa nak jadi ni wahai ibubapa? Kenapa perlu menghina guru sebegitu rupa?? bukankah mereka pendidik anak-anak kita? bukankah mereka insan yang mencurahkan ilmu untuk anak-anak kita? di mana akhlak dan adab kita sebagai sesama manusia? di mana rasa hormat kita untuk insan ini? tak tergamak aku nak lihat video tu walau ada yang berkongsi di media sosial. Tengok gambarnya pun, alahai..sedihnya ya Allah. 

Yang dihukum itu bukan sekadar seorang guru agama, tapi seorang wanita, seorang ibu. Maaf, aku tak boleh bertoleransi dengan ibubapa spesis durjana macam ni! Sudahla disuruh merangkak depan anak murid sendiri, dirakam pula dan kini tersebar di media sosial. Satu penghinaan kepada instituisi perguruan apatah lagi guru agama. Ada yang kongsi, puncanya ustazah tersebut dikatakan mendenda murid tersebut sehingga lututnya melecet.


Hatta jika begitulah ia (perangai ustazah) digambarkan sebegitu rupa, buatlah aduan ikut SOP yang betul . Bukan mengambil tindakan sendiri menghukum dan memalukan guru. Jangan ingat kita rasa anak dianiaya guru, kita buat hukuman sendiri kita rasa dah betul suci dan dijamin tidak bersalah. Big mistake!

Dalam dunia alam maya, walau seseorang itu jahat sekalipun tapi kau menghukum sendiri dan merakam sehingga tersebarnya perlakuan itu, maka kau lah yang akan dicop durjana dan bersalah. Apatah lagi yang kau salah hukum tu adalah seorang guru, seorang pendidik, seorang ibu! 

Untuk itu, aku berharap isu ini mendapat pengadilan yang sewajarnya dari semua pihak. Bantulah apa yang terdaya. Benda dah berlaku, maruah dah tercalar, aib dah terbuka. Tolonglah ibubapa semua, janganlah kita pentingkan diri sendiri sampai sanggup menghina dan merendahkan martabat seorang guru. Contoh apa yang kita nak tunjuk kat anak kita sebenarnya? 

Moga jadi pengajaran buat kita semua ...

UPDATE : Isu telah diselesaikan dengan perdamaian > 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=502655793996229&id=287325178862626

Ibu yang terkesan,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.