Breaking

Tuesday, March 17, 2020

Aku tak termasuk dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)


Assalamualaikum! Wabak Covid-19 semakin 'mengganas' di 159 buah negara setakat ini. Kes terbaru di Malaysia pun meningkat dengan mendadak secara drastik menjadikan Malaysia negara mencatat kes tertinggi di Asia Tenggara! 

Allahuakbar .... bantulah kami ya Allah.

Walaupun tiada kematian dicatatkan (UPDATE 6.00PM : 2 kematian akibat Covid-19) tapi peningkatan mendadak kes-kes baru Covid-19 agak membimbangkan semua pihak. Dah la tu, fake news merata di media sosial menjadikan orang awam buat panic buying. Yang tak panik pun tetiba jadi panik! Aku je yang tak boleh nak panik, sebab belum gaji hehehe.



Dan semalam, PM dah buat kenyataan rasmi bahawa bermula 18 Mac (esok) sehingga 31 Mac 2020 Malaysia akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

Perintah Kawalan Pergerakan :
18 Mac 2020 - 31 Mac 2020 
📍Seluruh Negara

•Larangan Menyuruh Perhimpunan Ramai
(Aktiviti Keagamaan, Sukan, Budaya)
• Pasaraya, Pasar Awam, Kedai Runcit & Serbanika TIDAK DITUTUP
• Sekatan Menyeluruh ke Luar Negara
• Sekatan Kemasukkan Pelancong Ke Dalam Negara
• Penutupan kesemua Taska, Tadika, Sekolah Kerajaan dan Swasta, Tahfiz & Pra Universiti.
• Penutupan kesemua IPTA & IPTA
• Penutupan semua premis Kerajaan & Swasta (kecuali Air, Elektrik, Tenaga, Pos , Pengairan, Minyak, Gas, Kewangan, Perbankan, Hospital, Farmasi, Keselamat, Peruncitan & Pembekalan Makanan)
• Bekalan Keperluan Harian DIJAMIN mencukupi.
• 03-88882010 (Hotline)


Dengan kata lain, kebanyakan kedai makan tidak boleh beroperasi kecuali kedai-kedai yang menjual keperluan harian. Premis kerajaan juga akan ditutup, termasuk jabatan tempat aku bekerja. Tapi aku tak termasuk dalam PKP ni sebab aku keje syif. Orang yang berkerja waktu syif masih perlu hadir bertugas tapi akan disediakan satu surat kebenaran pergerakan.



Terpampang disitu dengan jelas ya, Meteorologi. So, kepada semua srikandi dan srikanda negara dalam apa jua bidang terutama yang frontliners, daku ucapkan selamat bertugas demi negara dan semoga kita semua dilindungi Allah swt. Sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 ini dapat dibendung dan dihapuskan.

Stay safe always dan jaga kebersihan.



Love,

Hanim

2 comments:

  1. waalaikumussalam. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak penyakit covid-19 ni. aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.