Assalamualaikum! Melihat sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah tadi tentang amaran kemungkinan gelombang ketiga wabak Covid-19 pada pertengahan April nanti menimbulkan kegusaran di hati ini.
So sebagai persediaan awal, pusat kuarantin sedang dipersiapkan di MAEPS, Serdang untuk menampung pesakit Covid-19 yang bakal dirawat. Oh MAEPS ....
Cakap pasal MAEPS, aku pernah sampai sini dulu tahun 2016 masa berlangsungnya ekspo karnival MAHA. Memang besar ruang dalam dewannya dan lokasinya juga bukan di tengah bandar. Jadi memang sesuai dijadikan sebagai pusat kuarantin sementara untuk menampung pesakit.
sumber : KKM
Eloklah bersedia lebih awal, sebab benda ni kita takkan boleh jangka bila ia akan mula 'menyerang'. Apa yang penting kelengkapan perubatan dan lokasi penempatan kuarantin yang dibina harap dapat menampung jumlah pesakit Covid-19.
Takut... berdebar tapi itulah hakikat yang kita semua kena hadapi sekarang. Kalau dari sekarang kita tak patuhi PKP, mungkin disinilah kita akan ditempatkan. Nauzubillahiminzalik!
Walaupun kes baru Covid-19 menurun sedikit hari ini berbanding semalam dan kes kematian juga hanya satu direkodkan, tapi kawasan Petaling Jaya terus 'mengungguli' carta red zone dengan kes Covid-19 terbanyak.
Dan esok bermulalah penutupan beberapa jalan sekitar Petaling Jaya. Tapi jalan alternatif lain masuk dibuka. Bukan lockdown macam kat Kluang tu tau. Kiranya aku nak pergi kerja takda masalah la insyaAllah.
#Covid19 #RestrictionMovmentOrder #KitaJagaKita
Love,
Hanim
Waalaikumussalam. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin
ReplyDelete