Breaking

Wednesday, March 25, 2020

Hari ke-8 Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalamualaikum! Speechless. Walau telah dijangka benda ni akan berlaku tapi bila mendengar sendiri pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri tengahari tadi tetap mengundang rasa sedih dan kecewa dihati ini.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 - Perdana Menteri

Aku risau dengan lanjutan tempoh yang diumumkan ini akan turut mengubah corak worklife sekarang. Tambah pulak PJ termasuk dalam senarai kawasan 'panas' Covid-19. Walaupun PJ ni besar tapi tak mustahil kawasan lain akan terjebak sama. Dah la PJ dekat dengan Lembah Pantai, juga kawasan 'panas' Covid-19! 

sumber : malaysiangazette

Mengikutkan situasi kita sekarang dan ditambah dengan kebebalan sesetengah rakyat Malaysia yang masih berdegil mahu keluar dan berkumpul tanpa tujuan penting, memang tempoh PKP yang ada sekarang tidak cukup untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

Disebabkan hari ni gaji, tengahari baru aku keluar rumah gi beli barang dapur. Punyala nak elak bersesak di ATM bank. Tapi sayang, kedai Zam dah 4 hari tutup. Situ je la kedai runcit basah yang dekat ngan umah. Pasaraya ada tapi tengah ramai orang, jangan cari penyakit nak masuk dalam tu!

Lalu kami gi ke kedai runcit kat Angsana Hilir, orang kurang jadi sedapla sikit nak milih barang. Tengah aku dok khusyuk milih bawang kecil, datang sorang wanita berdiri dekat aku dengan plastik nak milih bawang jugak. Ehh dia punya lagak tu macam aku nak amik sebakul bawang tu! Teruk betul punya perangai. Tak faham-faham ke kena berdiri jarak 1 meter?? terus aku berhenti dan blah dari situ.

sumber : malaysiangazette

Tengok dari satu video 'Live' yang dikongsikan di FB selepas pengumuman PM, menggeleng kepala aku! Macam-macam alasan diaorg bagi pada polis untuk lepas dari sekatan. Di waktu-waktu macam ni pun masih ada yang degil nak keluar dari kawasan. 

Please la, stay at home and stay clean. Sekarang bukan masa kita nak balik kampung atau membuat perjalanan jauh. Yang mana pernah berhubung rapat dengan individu yang disahkan Covid-19 harap dapat pergi buat ujian saringan secepat mungkin. 

Nak tahu istilah kontak rapat tu macam mana, boleh rujuk dibawah:


#stayathome #Covid-19 #RestrictionMovementOrder #kitajagakita


Love,

Hanim

2 comments:

  1. Sangat risau bila PM umumkan tempoh dilanjutkan. Banyak benda penting yang perlu difikirkan. Tapi dalam masa yang sama kena akur dengan perintah ni demi keselamatan semua. Sama-samalah kita positifkan diri.

    ReplyDelete
  2. elok bagi aida extension ni.
    covid ni dpt dikekang penularannya perfectly in shaa Allah.
    kluster balik kg ari tu baru nak cukup 14 hari kan.
    moga dpt detect awal dan dikuarantin kan segera.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.