Assalamualaikum! Hari ni bermulanya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.
Kebimbangan wabak Covid-19 yang melanda negara dan dua kes kematian yang direkodkan semalam membuatkan kebanyakan orang semakin risau dan memaksa PM membuat pengumuman perintahkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Dan disebabkan tu juga la, kebanyakan orang kita buat panic buying di semua pasaraya dan kedai runcit sehari sebelum perlaksanaan PKP.
Aku dah start ganti puasa kelmarin, so hari ni hari ketiga aku ganti puasa. Alhamdulillah dapat berbuka dengan lauk serba sederhana. Semalam aku ade gi Checkers kat PJ, nak cari buah kurma untuk buat berbuka dan sahur.
Alhamdulillah ada pun tak berluak. Tapi orang punye la ramai berbaris di kaunter huhu.
Macam aku cakap sebelum ni, aku tak termasuk dalam perlaksanaan PKP sebab jabatan aku termasuk dalam essential service. Jadi, worklife aku tetap seperti biasa.
Cuma, bila dah start PKP ni, kena stenbai surat kebenaran bertugas dari jabatan dan pas kerja untuk tujuan pemeriksaan polis sekiranya ada sekatan jalanraya.
So korang, stay at home dan stay clean ok. Jangan keluar rumah, biar kami yang kena keje ni je keluar. Sama-sama kita bantu untuk banteras wabak Covid-19 ini dari merebak.
#StayAtHome #Covid-19 #KitaJagaKita #RestrictionMovementOrder
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment