Breaking

Wednesday, March 11, 2020

Kek gula hangus dan kasih sayang mak


Assalamualaikum! Biasa kan kalu balik kampung mesti ada projek mak dengan anak. Kali ni kami berdua buat projek kek gula hangus bersama-sama. Kek ni antara kek kesukaan aku sejak kecil. Bentuknya pun lain dari yang lain kan, terutama lubang-lubang halus tu. Aku 'ketagih' tengok 'lubang semut' tu dan mesti tertanya macam mana boleh jadi macam ni ye?

Teksturnya pun kenyal dan lembut, dan antara kek paling senang buat sebab tak mudah hangus hehe. Projek kami bermula selepas Subuh hari tu. Memula nak buat sebiji je, tapi memandangkan kek ni mendapat sambutan oleh 'askar-askar' di rumah tu maka kali ni aku request buat dua biji. Sebiji untuk makan bersama mak dan abah, sebiji lagi bawa balik KL.





Sangat cantik kejadiannya. Mak tukang sukat, aku tukang kacau dan bakar. Mak tak berapa reti guna oven tu, so setiap kali nak buat kek kena tunggu aku balik sebab aku je tau set-up suhu segala hehe. 





Yang buat aku tersentuh hati tiap kali tengok kek gula hangus ni, ialah kesungguhan mak membuatnya walaupun dalam kesakitan 😢 Sebelum tu memang aku plan nak buat dua biji kek, tapi malam tu waktu aku sedang 'pukul' telur dan mak sedang cairkan gula dalam kuali, dia mengadu sakit kaki.

Kakinya sedikit bengkak malam tu. Tak sampai hati, aku cakap kita buat sebiji je la pun dah cukup. Tapi mak tetap nak buat dua biji macam yang aku nak. Sebiji malam dan sebiji lagi kita buat lepas Subuh. Aku cakap tak payah ... sebiji pun ok dah, yang penting mak pergi rehat. Tapi mak tetap bangkang, cakap bolehhhhh bukan susah pun buat kek ni. Esok lepas Subuh kita buat lagi sebiji.

Aku diam ... tak berdaya nak membantah cakap mak lagi. Walaupun dalam hati ni dah 'menangis' melihat mak menahan sakit menahan lenguh di kaki. Demi selera anak cucu ... 😭. 



Ya Allah, Kau peliharalah dan lindungilah ibu dan abahku selalu. Kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka dan berikanlah pahala berlipat ganda untuk setiap layanan dan kebaikan yang mereka lakukan untuk kami ..amiinn 

Terima kasih mak untuk kek gula hangus ni ... air tangan dan kasih sayang mak.

😭😭😭😭😭😭

Anakmu,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.