Breaking

Friday, March 13, 2020

You Must Try These Restaurants In KL


Assalamualaikum! Walaupun aku lahir di Selangor, tapi Kuala Lumpur adalah tempat aku membesar. Kuala Lumpur ni kecil je tapi sekecil-kecil tu lah jadi syurga makanan untuk orang yang suka makan macam aku. Tapi kadang-kadang, tempat makan atau restoran yang kita suka tu tak berapa strategik. Lokasi sempit la, tiada parkir la, parkir tak cukup la. Tambah jalan selalu sesak di setiap ceruk jalan kat Kuala Lumpur ni, so setiap kali nak keluar makan tu kena fikir dua tiga jugak la.

Ya, memang begitulah keadaannya kalau nak makan kat luar. Kena survey dulu tempat makan atau restoran tu ada kemudahan parkir yang cukup atau tidak. Leceh gak la, tapi itu dulu. Sekarang dah ada apps Food Panda lagi senang nak cari makan hehe.

Tak perlu drive satu Kuala Lumpur untuk survey satu-satu, just survey 'restaurants near me' pun kita dah boleh tahu kat mana lokasi restoran tu dan makanan apa yang dijual. Eh senang sungguh la! 

Tapi alang-alang dah ada apps Food Panda ni, aku order terus untuk food delivery. Tak perlu start enjin kereta bagai pastu nak tempuh kesesakan di tengah bandaraya tu. Orang kata, pergi lapar balik lapar haha. Tak payah tempuh tu semua. Guna je apps Food Panda, makanan dihantar sampai ke depan pintu dan makan. Setel.

Kat Kuala Lumpur memang banyak kedai makan atau restoran yang jual makanan sedap-sedap, tapi aku just nak kongsi 5 restoran yang menjadi pilihanku.

Dah ready? jom 'cuci mata' ;)


5 Best Restaurants You Must Try in Kuala Lumpur

1. Restoran Cendol & Rojak Taman Kosas (Ampang Point)

Restoran ni terletak di Taman Kosas, Ampang. Cendol pelbagai jenis dan rojak adalah signature food yang menjadi tarikan utama pengunjung. Selain cendol dan rojak, restoran ini turut menjual nasi lemak, nasi ayam, mee rebus, mee kari, mee goreng, laksa, ABC dan macam-macam lagi.



2. Sari Ratu Prima (Desa Pandan)

A restaurant franchise from Indonesia, Sari Ratu specialises in Nasi Padang, the cuisine of the Minangkabau people of Sumatra. Sari Ratu presents Minangkabau food in a clean and comfortable setting where the focus is on quality, authenticity, hygiene and good service.

The selection of dishes is appetisingly displayed in a clean, well-lit glass case, and a meal here consists of rice accompanied by the diner’s choice of dishes. Besides the more familiar Rendang and Ayam Goring, there’s Ikan Nila Goring (fried tilapia), Ayam Pop (chicken steamed, then fried) and GulaiTunjang (curried beef tendon). For dessert try Es Teler, an Indonesian version of ABC.



3. Restoran Singgahrasa Pantai Timur

Restoran yang terletak di Pandan Indah ini menyajikan sajian masakan Kelantan yang popular seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Berlauk Campur, Laksam, Laksa dan pelbagai lagi. 




4. Pok Nik Nasi Ayam Kukus Kampung (Pandan Indah)


Banyak pilihan yang boleh didapati di Restoran Pok Nik Nasi Ayam Kukus Kampung ini, tapi menu yang menjadi rebutan dan pilihan pengunjung sudah semestinya Nasi Ayam Kukus Kampung yang popular di kalangan penggemarnya.



5. Dayang Sarawak Corner Ampang


Bagi yang ingin mencuba makanan Sarawak, bolehlah mencuba sajian dari Dayang Sarawak Corner Ampang. Restoran ini menyajikan makanan popular dari negeri Sarawak yang kini boleh dinikmati di Kuala Lumpur. Antara makanan yang sedap dan popular di sini ialah, Mee Kolok Ayam, Mee Kolok Daging, Mee Kolok Udang, Laksa Sarawak, Mee Jawa dan Wantan Goreng.




Haa kan dah kata, Kuala Lumpur ni syurga makanan. Apa saja tekak nak makan semua ada di sini. Lebih mudah, order je guna Food Panda terus delivery ke rumah atau pejabat. Lagi satu, tak perlu la keluar pejabat time panas-panas terik ni, tunggu je makanan yang kita order sampai. Boleh makan ramai-ramai dengan kawan kat opis.

Dari makanan berat ke pencuci mulut, semua di hujung jari! Yang aku pilih ni semua Free Delivery tau, memang jimat banyak dah kat situ. Download apps Food Panda, kemudian klik 'restaurants near me' nanti akan keluar lah menu-menu dari restaurant yang korang boleh pilih. Jangan pening kepala sudah la ye hehe.

Selamat memilih dan selamat menjamu selera!




Love,

Hanim

3 comments:

  1. nasib baik menu ni mudah dicari, hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis Hanim, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  3. Thank you very much for this useful article. I like it. what is lok look

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.