Assalamualaikum! Sekejap je kita dah masuk fasa ke-4 PKP ye. Yang memang kena keluar bekerja memang kata sekejap, tapi yang duduk terkurung di rumah rasa macam lambat benor masa berlalu kan. Kalau rumah jenis landed-house ada pagar takpela boleh keluar ke halaman bermain. Ni kalau rumah jenis 'atas kayangan', takda balkoni, takda tanah memang bosanla terperuk saja ye tak.
Tapi biarlah bosan asalkan selamat di rumah. Biar terkurung di rumah jangan terkurung di wad hospital.
Yang berkhidmat dalam perkhidmatan keperluan (essential) kena teruskan bekerja macam biasa. Surat pelepasan untuk aku bertugas sepanjang tempoh PKP ni dah pun keluar semalam. Tapi kan, dari PKP 1, PKP 2, PKP 3 sampai la dah masuk PKP 4 ni, tak pernah lagi aku kena tunjuk surat waktu sekatan jalan raya.
Eh tapi ok la kan tak kena tunjuk surat, lagi senang keje hehe.
Yang bertugas di bahagian perkhidmatan penting aku ucapkan selamat bertugas di bulan Ramadan, semoga tugas kita menjadi pahala ibadah dan mendapat keberkatan dari Illahi...insyaAllah.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment