Breaking

Friday, April 03, 2020

CoVID-19 | Hari ke-17 PKP


Assalamualaikum! Mula aku nak taip takda  yang best arini, tapi sekarang baru aku teringat satu benda! 

Baru-baru ni aku ada beli alat untuk melukis di Shopee untuk kakak dan adik. Tempoh PKP ni memang agak membosankan dan pergerakan keluar pun terbatas. Walaupun masing-masing ada homework tapi ada masa diaorang nak jugak melukis sebagai hobi.

Jadi,  daripada diaorang mengadap gajet biarlah diaorang buat apa yang diaorang suka iaitu melukis dan mewarna.



Set warna, bingkai kanvas dan berus lukis. Sebelum ni warna atas kertas lukis je. Kali ni aku belikan bingkai kanvas, so bila dah siap nanti terus lekat kat dinding sebagai hiasan.

Kakak cukup teruja bila akhirnya dia dapat luahkan ilham seni dia pada bingkai kanvas dengan warna-warna baru yang lebih cantik. Macam mana hasilnya, nanti aku kongsikan di entri lain ye. 

Anyway, few days back aku tengok satu video oleh pelakon Ummi Nazeera kongsikan di IG dia. 

Video apa? Video dia buat saringan CoVID-19 secara pandu-lalu di sebuah hospital. Perghhh ngilu aku tengok video tu! Memula dia buat swab test dalam hidung tu, aku ingatkan sekadar sapu di tepi-tepi dinding dalam hidung tu je. Rupa-rupanya swab tu dia 'masuk' sampai ke pangkal hidung oiii!


Ya Allah..kalau tengok gambar ni pun aku dah terasa ngilu dan nyeri, apatah lagi bila tengok video Ummi Nazeera tu. Aku pun sama terpejam mata ngan dia bila swab tu masuk dalam hidung.

Ada lagi satu video by Uqasha Senrose yang buat swab test pandu-lalu juga tunjuk betapa tak selesanya swab tu dalam mulut dan hidung. Yang dalam mulut tu sampai ke pangkal tekak weh. Adehh...aku naik ngilu macam Uqasha. Pedih kot.

So guys, tolong jangan berdegil. Semalam aku dah kongsi prosedur rawatan intubasi merawat CoVID-19 tu macam mana kan. Tengok alat dia pun dah ngeri. Jangan ambil mudah tentang swab test ni ye.

Tapi kalau kita kena buat swab test atas arahan KKM maka kenala patuhi arahan tu. Demi nak memastikan kita negatif CoVID-19. Apapun, lindungi diri kita semua. Sentiasa cuci tangan dan amalkan kebersihan.

#StayAtHome #RestrictionMovementOrder #KitaJagaKita


Love,

Hanim

3 comments:

  1. Betul tu..tak rugi pun buat saringan covid19..yg penting kita dpt tau thp kesihatan kita and boleh cegah jadi awal kn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul, sebagai langkah awal especially orang yang baru balik dari luar negara

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.