Assalamualaikum! Ustaz/ustazah selalu cakap, dalam setiap musibah itu ada hikmah. Disebalik kegawatan yang kita sedang alami sekarang akibat wabak CoVID-19, masih ada keindahan akhlak insan yang bisa kita lihat di sekeliling kita.
Tak perlu pergi jauh ke negara lain, di sini di negara tercinta kita masih ada insan-insan yang sejak terjadinya PKP ini telah menunjukkan sifat kasih sayang dan kecaknaan yang begitu mulia dan tinggi pada insan-insan yang terjejas teruk dan kini tiada sumber pendapatan.
Walaupun ada cakap-cakap tidak enak di media sosial tentang insan-insan yang sedia menyumbang ini, tapi mereka tetap jalan terus. Malulah kamu wahai manusia-manusia yang hanya tahu melalak tapi kaki dan tangan itu sedikit pun tidak tergerak untuk buat kebaikan untuk bantu orang lain yang memerlukan di luar sana.
Sebenarnya, ini adalah entri penghargaan kepada hamba-hamba Allah yang telah menyumbangkan makanan kepada kami geng-geng syif sepanjang dalam waktu PKP ini. Hari ni kami dapat tiga jenis menu, nasi goreng kampung, nasi goreng petai dan nasi goreng tomyam. Ingat nak amik nasi goreng petai tapi kalau tengah keje aku tak berani sangat haha. So, aku amik nasi goreng tomyam. Alhamdulillah ...
Hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas kebaikan kalian. Sambil makan ni pun, aku doakan mereka-mereka ni dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah swt. Besar maknanya bagi kami.
Tak lupa juga penghargaan kepada insan-insan yang masih tidak berhenti menyumbang apa saja keperluan bukan sahaja untuk frontliners tapi untuk mereka yang terjejas akibat CoVID-19. Jujur, aku sangat hiba dan sebak bila melihatkan video-video bagaimana mereka yang baik hati ini memberi makan kepada para gelandangan dan keluarga-keluarga miskin yang terbatas pergerakannya akibat PKP.
Inilah pemandangan indah yang kita semua dambakan dari sisi seorang insan. Tak kira apa bangsa, agama, pangkat dan kedudukan masing-masing berebut nak bantu mereka yang terjejas dan memerlukan. Sama-sama kita bantu saudara kita dan juga haiwan-haiwan di zoo dan di jalanan. Moga kita semua mendapat berkat dan rahmat dari Allah....Aamiinn.
#StayAtHome #RestrictionMovementOrder #KitajagaKita
Love,
Hanim
Waalaikumussalam. Semoga dipermudabkan segala urusan kita sepanjang tempoh PKP ni. Aamiin
ReplyDeletemelalui dana ofis aida, kami salurkan kpd GH melaka.
ReplyDeleteonce a week. air kotak, air 100plus, biskut. ni makanan yg lambat rosak kan.
free time diorang, dpt la diorang makan jajan jajan ni.