Breaking

Tuesday, April 07, 2020

CoVID-19 | Hari ke-21 PKP


Assalamualaikum! Semalam Mira tanya adakah minggu depan dia dah boleh pergi sekolah. Memang budak bertuah ni dah 'pishangg' duduk dirumah sepanjang PKP. Dia bosan bukan sebab takda aktiviti nak buat, tapi dia rindu nak keluar jenjalan.

Sabar ye nak, bila semua orang dah sihat dan tiada lagi PKP kita keluar la ye. Namun, memandangkan setiap hari ada je kes baru dilaporkan dengan kluster baru yang sedang menanti untuk 'meletop' dan pertambahan PKPD di kawasan banyak positif CoVID-19, aku yakin PKP akan dilanjutkan.

Anyway, semalam yang annoying. Annoying sebab apa? Haa netizen ni cepat betul 'tangkap' orang bersalah ye. Ada dua kes annoying yang berlaku semalam.

First, kes #136 yang balik dari Korea dan menyebabkan kluster jemaah tabligh masjid Sri Petaling. Habis semua jemaah tabligh dipersalahkan gara-gara budak ni. Tapi dia tak mengaku dia puncanya, padahal KKM yang kuarkan dulu stetmen tu.

Lagi satu alasan dia tak nak dikuarantin. Tantrum?? Tension?? Ko rase????






Hai la dikk, aku tak nampak apa motif kau buat thread ni. Nak bersihkan nama ke? Orang still kecam kau. Orang ramai dah mati kot! KKM sendiri sahkan kau #136 yang menerbitkan kluster jemaah tabligh. Bila sedang dirawat tak bagi kerjasama pulak, malah tantrum dengan doktor dan rasa tension katanya. TENSION??? Habis kami tak tension kerana kau?

On the other hand, ada sorang lagi mangkuk ayun yang menjadi bahan kecaman orang semalam. Sejenis tak bersyukur dan tiada sensitiviti terhadap orang lain. Walaupun bukan semua pelajar universiti macam ni, tapi tetap menunjukkan kebodohan seorang pelajar yang berpendidikan tinggi.


Kau belum graduate lagi dari universiti, kau belum lulus lagi peperiksaan course yang kau amik. Kau dah boleh komplen makanan bantuan orang bagi untuk kau?? 

Waktu-waktu sekarang dengan orang susah tak dapat makanan, tiada rumah, tiada pendapatan, tiada susu untuk anak dan kau komplen???  I just hope you would be a better person one day .... 


Sad and annoying day...

Hanim

1 comment:

  1. Hope pKp ni cepat cepat berakhir and kite semua bebas daripada wabak Covid19 ni..tak sabor nak kuar jalan jalan & kerja macam biasa.miss this time.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.