Breaking

Friday, April 10, 2020

CoVID-19 | Hari ke-24 PKP


Assalamualaikum! Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat jelata. Walaupun rata-rata tentu dah tahu kesudahannya dan yakin akan jawapannya tapi debaran nak tahu dari mulut PM sendiri tu tetap ada. 

Tepat pukul 4.00pm kami bersedia menanti depan tv. Dia punya excited tunggu tu macam tunggu pengumuman bila puasa dan bila raya. Bezanya, puasa dan raya kita dah tahu kat kalendar, yang ni takda di kalendar huhu.

Mira antara orang yang teruja tunggu pengumuman PM. Doanya harap janganlah PKP ini disambung. Dia nak pergi sekolah, nak jumpa Sarah. Bosan terkurung dalam rumah lagi katanya. 

Namun, jawapan PM sangat mengecewakan. PKP disambung lagi dua minggu sehingga 28 April 2020. Sebenarnya, kami dah bagi hint lebih awal kat dia, suh dia jangan berharap sangat dapat pergi sekolah dalam waktu terdekat. Tapi dia punya azam dan wawasan sangat tinggi. Kecewa betul dia bila PM umumkan PKP kena sambung lagi. Berlari dia masuk ke dalam bilik bagitau kakaknya hehehe.

Agaknya, Mira sorang je kot kat Malaysia ni yang kecewa PKP disambung lagi haha. Sabar ye sayang, semua ni untuk kebaikan kita. 




On the other hand ....





Perlukah kita mengadap manusia-manusia yang tak reti menguntungkan satu sen pun ni??? Inilah kluster dari 'kayangan' yang kecoh kena kecam di media sosial akhir-akhir ni. Perghhh memang meminta sungguh ye. 

Aku tak faham dan takkan faham kenapa attitude mereka boleh jadi sehodoh ini. Pertamanya, patut diri itu bersyukur kerana kerajaan masih beri perhatian, beri tempat perlindungan dan makanan. IT LOOKS LIKE PRISON??? Aku tak tahu pulak dalam prison ada double bed, meja dan kerusi, hanger tersangkut di pintu. Mungkin kita patut hantar mereka terus ke penjara yang sebenar instead of pusat kuarantin. Bilik tu boleh beri pada orang yang betul-betul appreciate usaha kerajaan.



Full of b*lls*hits these days....


Annoyed,

Hanim

1 comment:

  1. hahaha yang banyak complen tu patut biarkan je..
    cuma takot nanti dia bawah musibah kat orang lain jeee frontliners still jaga..

    kemain attitude dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.