Assalamualaikum! Harini takda aktiviti sangat selain dari temankan Mira buat homework. Dia tu kena duduk disebelah baru ada semangat nak buat kerja sekolah.
Time off day sebolehnya aku nak hadkan keluar rumah, kecuali untuk perkara yang penting macam pergi kedai beli barang nak masak dan sebagainya. Tapi, kebiasannya cik abg aku la yang banyak keluar hehe.
Minggu lepas on the way pergi kedai, aku lalu di deretan kedai-kedai yang tutup tidak beroperasi. Tapi dalam selang 4 buah kedai ada hamba Allah letakkan makanan kucing untuk kucing-kucing di sekitar kawasan tu.
Alhamdulillah syukur, terima kasih pada hamba Allah yang prihatin dengan kucing-kucing terbiar disini. Faham-faham je la, kedai makan tutup, makin susah nak cari makanan sendiri. Sekurang-kurangnya cara macam ni dapat memastikan bekalan makanan kucing sentiasa ada.
Aku pun berpeluang bagi makan pada seekor kucing di kawasan deretan kedai tu. Aku memang ada stenbai makanan kucing dalam paket untuk mana-mana kucing yang mengiau mintak makanan. Sedih rasa dengar dia mengiau tapi kita takda makanan nak bagi, betul tak.
So kalau jumpa kucing-kucing di jalanan dan mereka lapar, sudi-sudikan la beli makanan dalam paket untuk diaorng. Di waktu mencabar seperti sekarang ini, mereka juga memerlukan keprihatinan dan perhatian kita untuk terus hidup.
Love,
Hanim
baiknya hati sapa letak makanan dan bekas kt situu
ReplyDelete