Breaking

Saturday, April 18, 2020

CoVID-19 | Hari ke-32 PKP



Assalamualaikum! Syukur hari ni ada penurunan kes baru CoVID-19. Jumlah kes yang sembuh juga melebihi kes baru. Tapi kan sesetengah orang kat Malaysia ni tak boleh dengar "penurunan". Asal dengar kes turun je diaorang akan keluar beramai-ramai. Asal dengar ramai orang sembuh je mesti akan ada yang mula nak berniaga balik dan sebagainya.

Macam Dr. Noor Hisham cakap la, kita belum kalah dan kita juga belum menang. Jangan ingat bila kes baru menurun, kita kata wabak ni sudah atau semakin pulih. Ingat .... kita masih dan kena terus berjuang sehingga betul-betul disahkan bebas CoVID-19!




Memang beberapa hari ni, kes baru mengalami penurunan. Tapi kita kena ingat! Kluster yang masih wujud tu nak buat apa? Kes PUI (Patient Under Investigation) tu nak campak ke mana? Semuanya masih pending (menunggu keputusan) samada positif atau negatif CoVID-19.

Cakap pasal kluster, kita ada 30 kluster yang masih belum selesai ye. Tambah pulak semalam viral kes orang beratur 'kejar' ayam murah. Kita tak tahu dalam ramai-ramai yang beratur tu siapa yang ada CoVID-19. Jangan sampai lepas ni wujud kluster baru ....kluster ayam. Nauzubillahiminzalik!










KKM bukan sahaja kena hadap 30 kluster, tapi ribuan lagi yang masih berada di pusat-pusat kuarantin seluruh negara. Yang baru turun dari flight dan sebagainya. So please, jangan gembira sangat dan sentiasa patuhi PKP. Duduklah dirumah dan jika perlu keluar hanya seorang sahaja. 


Love,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.